Klik Kalau Anda Comel...

Thursday 22 March 2012

0

Pelakon Filem Harry Potter Dipenjara Dua Tahun..

  • Thursday 22 March 2012
  • gua jambu
  • Share

  • Mesti ramai yang ingat dengan watak Vincent Crabbe dalam filem siri "Harry Potter" yang membawa watak seorang yang lurus bendul dan sering dibuli. Namun realitinya, perwatakan dia jauh berbeza apabila Vincent Crabbe atau nama sebenarnya Jamie Waylett telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah kerana menyertai rusuhan di London pada tahun lepas.

    Menurut laporan yang dipetik dari TMZ, pihak berkuasa memberitahu bahawa Waylett dipercayai sedang membuat bom Molotov ketika rusuhan berlaku di London pada 8 Ogos tahun lepas. Dia turut dikatakan tidak berseorangan apabila gambar menunjukkan dia datang bersama empat rakan yang lain.



    Identiti Waylett kemudiannya dikenal pasti selepas satu rakaman video kejadian diteliti oleh pihak berkuasa dan polis menahannya pada 20 September.

    Dia disahkan menerima dua tahun hukuman penjara kerana keganasan yang dilakukan ketika rusuhan dan juga dua belas bulan kerana mencuri. Hukuman itu dijalankan serentak.

    0 Responses to “Pelakon Filem Harry Potter Dipenjara Dua Tahun..”

    Post a Comment

    Thursday 22 March 2012

    Pelakon Filem Harry Potter Dipenjara Dua Tahun..

    Posted by gua jambu at 17:39

    Mesti ramai yang ingat dengan watak Vincent Crabbe dalam filem siri "Harry Potter" yang membawa watak seorang yang lurus bendul dan sering dibuli. Namun realitinya, perwatakan dia jauh berbeza apabila Vincent Crabbe atau nama sebenarnya Jamie Waylett telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah kerana menyertai rusuhan di London pada tahun lepas.

    Menurut laporan yang dipetik dari TMZ, pihak berkuasa memberitahu bahawa Waylett dipercayai sedang membuat bom Molotov ketika rusuhan berlaku di London pada 8 Ogos tahun lepas. Dia turut dikatakan tidak berseorangan apabila gambar menunjukkan dia datang bersama empat rakan yang lain.



    Identiti Waylett kemudiannya dikenal pasti selepas satu rakaman video kejadian diteliti oleh pihak berkuasa dan polis menahannya pada 20 September.

    Dia disahkan menerima dua tahun hukuman penjara kerana keganasan yang dilakukan ketika rusuhan dan juga dua belas bulan kerana mencuri. Hukuman itu dijalankan serentak.

    0 comments on "Pelakon Filem Harry Potter Dipenjara Dua Tahun.."

    Post a Comment

    Subscribe