Klik Kalau Anda Comel...

Tuesday 7 August 2012

0

Kesihatan: Info Diet Yang Perlu Kita Ketahui..Menarik!

  • Tuesday 7 August 2012
  • gua jambu
  • This time, Gua Jambu nak share info dengan korang..Iaitu info diet yang seimbang..Sebab ramai orang terutamanya wanita mahu mengekalkan tubuh badan diorang agar langsing dan slim kan, tapi masalahnya adalah ada yang mengamalkan diet yang tak seimbang, contohnya tak nak makan nasi, lepas tu makan pil kurus dan sebagainya lagi. So, jom luangkan masa sedikit untuk baca info nih..:) 

    1) Buahan kering baik untuk diet
    Buah-buahan kering selain daripada enak dimakan begitu sahaja, ia juga sangat lazat apabila dicampur ke dalam kek, ais krim dan bijirin sarapan pagi. Malah, buah kering mengandungi 4-5 kali ganda lebih banyak dibandingkan buah segar dalam berat yang sama. Ini bermakna ia merupakan makanan penghasil tenaga yang baik.

    Antara buah kering yang korang boleh ambik contohnya macam kurma, kismis, apricot, kiwi...Cedappp..

    2) Kepentingan serat
    Pengambilan serat dalam diet harian amat penting. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum. Ini kerana serat berfungsi untuk mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan.

    3) Epal kurangkan kandungan kolesterol
    Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang gemar makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak dalam badan.
    Sape punye keje laa ni oiiii...har, har..

    4) Kacang brazil sumber selenuim terbaik
    Sebahagian besar kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ia juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Selain itu, kekacang juga merupakan sumber selenium, antioksidan kuat yang membantu mengurangi tanda-tanda penuaan. Kacang brazil merupakan sumber selenium terbaik berbanding kekacang lain. Mengambil satu kacang Brazil dalam masa sehari sudah mencukupi untuk keperluan selenium bagi kesihatan seorang wanita. Namun begitu, jangan mengambil lebih daripada empat biji sehari, ia boleh menyebabkan keracunan.

    5) Timun boleh tingkatkan stamina
    Buah ini mengandung zat-zat saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, fosfor, besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mengandungi banyak vitamin E untuk melewatkan penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah bersifat menurunkan panas dalam, meningkatkan stamina, dan lain-lain. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk proses pencernaan, menurunkan kolesterol, dan meneutralkan racun.

    Yang ni namanya Jus Timun..Korang pernah try??Euwww..:P

    6) Kalsium turunkan berat badan
    Kalau selama ini anda menyangka kalsium hanya diperlukan oleh tubuh untuk membentuk dan menguatkan tulang, maka sekarang anda perlu tahu bahawa kalsium memiliki manfaat lain. Kajian terbaru mendapati, wanita yang mengambil kalsium dalam jumlah yang banyak cenderung tidak memiliki masalah berat badan. Sebaliknya, wanita yang mengambil sedikit kalsium cenderung menghadapi masalah peningkatan berat badan.

    7) Makanan berempah bakar kalori
    Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Britain, mereka yang mengambil makanan berempah boleh membakar kalori sehingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Sebabnya, rasa pedas yang terkandung dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ia mencetuskan kepanasan semasa proses pencernaan, jadi anda boleh membakar kalori dengan lebih pantas.

    8) Air turunkan berat badan
    Antara fungsi air di dalam tubuh badannya ialah menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan sisa-sisa toksid. Selain itu, air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minum dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum cukup yang air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.

    9) Ambil sarapan dengan menu yang tepat
    Sarapan amat penting untuk merangsang metabolisme tubuh badan. Bagaimanapun, sarapan yang diambil mestilah berkualiti dan tepat. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur. 

    Menu sarapan yang tepat untuk sumber tenaga adalah buah-buahan segar, sama ada dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan jus. Menu ini selain tidak memerlukan proses pencernaan yang panjang (hanya 20 – 30 minit sahaja) ia juga mengandungi gula yang mudah diserap oleh tubuh badan. Ini bermakna, tubuh badan akan mempunyai tenaga yang cukup sehingga waktu makan tengahari. Pastikan juga makanan untuk sarapan berkadar rendah lemak.

    10) Pisang tidak menggemukkan
    Jangan takut makan pisang kerana ia memang tidak menggemukkan. Sebiji buah pisang yang bersaiz sederhana hanya mengandungi 0.2 gram lemak dan jumlah ini suda pasti tidak akan membuatkan anda gemuk. Tetapi mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu.

    Selain itu, diet tersebut juga boleh membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

    Ada sesape mintak pisang tadi???

    11) Sebiji telur sehari tidak mengapa
    Ramai yang mengatakan pengambilan telur pada setiap hari boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesteol dalam darah. Sebenarnya, kajian menunjukkan pengambilan telur pada setiap hari tidak memudaratkan kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati orang dewasa yang makan telur lebih daripada sebiji sehari tidak terdedah kepada risiko kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mengambil telur kuning sebiji seminggu.

    An ugly egg...hihi..ciannnn...

    P/s: Amakan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang ok?!
    Read more...

    Tuesday 7 August 2012

    Kesihatan: Info Diet Yang Perlu Kita Ketahui..Menarik!

    Posted by gua jambu at 05:14 0 comments
    This time, Gua Jambu nak share info dengan korang..Iaitu info diet yang seimbang..Sebab ramai orang terutamanya wanita mahu mengekalkan tubuh badan diorang agar langsing dan slim kan, tapi masalahnya adalah ada yang mengamalkan diet yang tak seimbang, contohnya tak nak makan nasi, lepas tu makan pil kurus dan sebagainya lagi. So, jom luangkan masa sedikit untuk baca info nih..:) 

    Subscribe