Klik Kalau Anda Comel...

Sunday, 18 March 2012

0

Lady Gaga Teringin Ramai Anak??

  • Sunday, 18 March 2012
  • gua jambu
  • Share

  • Penyanyi yang seringkali tampil dengan gaya essentrik, Lady Gaga mengakui dia ingin berkahwin dan mempunyai ramai anak dalam satu temubual bersama pengacara televisyen tersohor, Oprah Winfrey.
    Menerusi temubual khas untuk rancangan "Oprah's Next Chapter" ini, Gaga memberitahu Winfrey bahawa dia ingin merasai pengalaman ketika hamil.


    "Ya, saya inginkan anak. Saya inginkan 'satu pasukan bola sepak' dan juga seorang suami.
    "Mungkin saya memperbesarkan tentang satu pasukan bola sepak. Saya tidak mahu seorang anak. Saya ingin mempunyai beberapa orang," kata Gaga dengan tersenyum.
    Walaubagaimanapun Gaga memberitahu ia tidak akan berlaku buat masa sekarang.
    "Saya ingin merasai ini," sambil tangannya menunjukkan perut yang hamil.
    "Namun bukan dalam masa sekarang."


    Penggambaran temubual khas yang turut menampilkan ibu Gaga telah dilakukan di kota New York dan sebahagiannya di Universiti Harvard ketika penyanyi berusia 25 tahun dan Winfrey melancarkan Tabung Born This Way.
    Gaga yang kini dalam perancangan untuk mengadakan siri jelajah "Born This Way" sedang bercinta dengan model dan aktor "The Vampire Diaries", Taylor Kinney. Pasangan ini bertemu ketika Kinney berlakon dalam muzik video lagu Gaga, "You And I".

    0 Responses to “Lady Gaga Teringin Ramai Anak??”

    Post a Comment

    Sunday, 18 March 2012

    Lady Gaga Teringin Ramai Anak??

    Posted by gua jambu at 20:40

    Penyanyi yang seringkali tampil dengan gaya essentrik, Lady Gaga mengakui dia ingin berkahwin dan mempunyai ramai anak dalam satu temubual bersama pengacara televisyen tersohor, Oprah Winfrey.
    Menerusi temubual khas untuk rancangan "Oprah's Next Chapter" ini, Gaga memberitahu Winfrey bahawa dia ingin merasai pengalaman ketika hamil.


    "Ya, saya inginkan anak. Saya inginkan 'satu pasukan bola sepak' dan juga seorang suami.
    "Mungkin saya memperbesarkan tentang satu pasukan bola sepak. Saya tidak mahu seorang anak. Saya ingin mempunyai beberapa orang," kata Gaga dengan tersenyum.
    Walaubagaimanapun Gaga memberitahu ia tidak akan berlaku buat masa sekarang.
    "Saya ingin merasai ini," sambil tangannya menunjukkan perut yang hamil.
    "Namun bukan dalam masa sekarang."


    Penggambaran temubual khas yang turut menampilkan ibu Gaga telah dilakukan di kota New York dan sebahagiannya di Universiti Harvard ketika penyanyi berusia 25 tahun dan Winfrey melancarkan Tabung Born This Way.
    Gaga yang kini dalam perancangan untuk mengadakan siri jelajah "Born This Way" sedang bercinta dengan model dan aktor "The Vampire Diaries", Taylor Kinney. Pasangan ini bertemu ketika Kinney berlakon dalam muzik video lagu Gaga, "You And I".

    0 comments on "Lady Gaga Teringin Ramai Anak??"

    Post a Comment

    Subscribe