Klik Kalau Anda Comel...

Monday 19 March 2012

0

"Bola Kampung" Kini Di Layar Perak..

  • Monday 19 March 2012
  • gua jambu
  • Share

  • Selepas ditayangkan di 16 buah negara, siri animasi televisyen popular "Bola Kampung" bakal selangkah ke hadapan apabila siri animasi itu bakal ke layar perak.
    Dipetik dari Mstar.com, filem "Bola Kampung- The Movie" ini menggunakan 14 suara artis-artis terkenal tanah air untuk watak dalam filem ini. Bagi Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmud Chan, dia sangat berbesar hati diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua artis yang terlibat.
    "Sejujurnya, setiap pelakon, penyanyi, pelawak dan penyampai radio yang kita undang untuk bergandingan dalam pembikinan filem ini tiada seorang pun menolak. Mereka benar-benar teruja apabila diberitahu siri animasi yang popular dikalangan kanak-kanak ini bakal diangkat sebagai sebuah filem,"katanya semasa berucap pada majlis pelancaran filem "Bola Kampung- The Movie" yang diadakan Selasa yang lalu.

    Antara artis yang meminjamkan suara mereka untuk filem animasi popular ini ialah Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusuff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.
    Filem yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya.
    Menurut Chan, pembikinan filem ini mengambil masa selama dua tahun sebagai persiapan menggagungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara.

    Sementara itu, Chan turut memberitahu bahawa dia berhasrat untuk memasarkan filem ini ke peringkat antarabangsa seperti di Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Turki dimana siri animasi ini sangat popular. Drama siri "Bola Kampung" ini turut ditayangkan di saluran Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia.
    Filem "Bola Kampung- The Movie" dijangka bakal berada di layar perak pada hujung tahun ini.

    P/s: Tahniah..Memang Terbaekkkk...huhu..

    0 Responses to “"Bola Kampung" Kini Di Layar Perak..”

    Post a Comment

    Monday 19 March 2012

    "Bola Kampung" Kini Di Layar Perak..

    Posted by gua jambu at 08:14

    Selepas ditayangkan di 16 buah negara, siri animasi televisyen popular "Bola Kampung" bakal selangkah ke hadapan apabila siri animasi itu bakal ke layar perak.
    Dipetik dari Mstar.com, filem "Bola Kampung- The Movie" ini menggunakan 14 suara artis-artis terkenal tanah air untuk watak dalam filem ini. Bagi Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmud Chan, dia sangat berbesar hati diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua artis yang terlibat.
    "Sejujurnya, setiap pelakon, penyanyi, pelawak dan penyampai radio yang kita undang untuk bergandingan dalam pembikinan filem ini tiada seorang pun menolak. Mereka benar-benar teruja apabila diberitahu siri animasi yang popular dikalangan kanak-kanak ini bakal diangkat sebagai sebuah filem,"katanya semasa berucap pada majlis pelancaran filem "Bola Kampung- The Movie" yang diadakan Selasa yang lalu.

    Antara artis yang meminjamkan suara mereka untuk filem animasi popular ini ialah Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusuff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.
    Filem yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya.
    Menurut Chan, pembikinan filem ini mengambil masa selama dua tahun sebagai persiapan menggagungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara.

    Sementara itu, Chan turut memberitahu bahawa dia berhasrat untuk memasarkan filem ini ke peringkat antarabangsa seperti di Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Turki dimana siri animasi ini sangat popular. Drama siri "Bola Kampung" ini turut ditayangkan di saluran Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia.
    Filem "Bola Kampung- The Movie" dijangka bakal berada di layar perak pada hujung tahun ini.

    P/s: Tahniah..Memang Terbaekkkk...huhu..

    0 comments on ""Bola Kampung" Kini Di Layar Perak.."

    Post a Comment

    Subscribe