Klik Kalau Anda Comel...

Thursday 27 December 2012

0

Kesihatan: Kelebihan Pokok Serai..

  • Thursday 27 December 2012
  • gua jambu

  • KELEBIHAN POKOK SERAI

    Dalam dunia ni, pelbagai jenis pokok yang diciptakan serta mempunyai fungsi dan kelebihannya sendiri. Antaranya adalah seperti pokok petai sebagai ulam, pokok buluh untuk membuat lemang, pokok balak untuk perabot dan sebagainya lagi. So, kali ni Gua Jambu nak berkongsi info pasal pokok serai dengan semua. Jom terjahhh...

    Haa..Ini laa namanya pokok serai...Bukan pokok jambu ok..keh3..:D

    1. Sesak Nafas
    Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya  masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.

    2. Memutihkan Gigi
    Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.

    3. Melegakan Pening dan Lesu
    Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.

    Selain itu, untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Malah sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara tersebut. Air perahan serai pula berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian.

    Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

    Serai peha ayam pun ada? bukan setakat kepala ayam jerk...kui3..

    Haa, amacam, banyak tak khasiat daripada pokok serai nih? Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada pada pokok serai ni dan jugak pokok-pokok lain yang diciptakan Allah di atas muka bumi ni. So, rajin-rajinkanlah bercampur gaul dengan orang-orang tua serta membuat kajian di dalam buku ya..Tata...hik3..:P

    P/S: Lepas ni nak buat masak lemak pokok serai lah..auwww..
    Read more...

    Thursday 27 December 2012

    Kesihatan: Kelebihan Pokok Serai..

    Posted by gua jambu at 07:23 0 comments

    KELEBIHAN POKOK SERAI

    Subscribe