Klik Kalau Anda Comel...

Friday, 30 March 2012

0

Sifat Wanita Yang Menawan Bagi Lelaki..

  • Friday, 30 March 2012
  • gua jambu

  • Kita sering kali mendengar ungkapan "Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia". Inilah salah satu persediaan khususnya kaum perempuan untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

    1. Keanak-anakkan
    Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

    2. Penuh Pengertian
    Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

    3. Menghargai
    Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

    4. Menjaga Penampilan
    Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

    5. Pandai berbicara
    Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

    6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
    Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

    7. Menghormati Diri Sendiri dan Suami.
    Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

    8. Simpati dan prihatin
    Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
    Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

    P/s: So, kepada kaum wanita, ingatlah bahawa lelaki/wanita yang baik adalah untuk wanita/lelaki yang baik. Begitulah jugak sebaliknya...hihi....=)
    Read more...

    Thursday, 29 March 2012

    0

    Mengenai Seorang Lelaki..

  • Thursday, 29 March 2012
  • gua jambu
  • Sudah fitrah manusia ini dijadikan, ada perbezaan masing-masing. Kejadian seorang lelaki adalah tidak sama dengan kejadian seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki sebaliknya. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka (khususnya golongan wanita):

    Tentang Seorang Lelaki :

    Hidup lelaki lebih mudah
    Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
    .
    Bahasa lelaki adalah berlainan
    Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

    .

    Lelaki suka membisu
    Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
    .
    Lelaki tidak kompleks
    Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
    .
    Jangan paksa lelaki
    Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
    .
    Lelaki berahsia dengan lelaki lain
    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
    .
    Lelaki pentingkan kejujuran
    Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
    .

    Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
    Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
    .
    Lelaki tidak suka dikritik
    Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
    Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
    .
    Lelaki juga mahukan sokongan
    Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

    .

    Lelaki dan ego
    Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
    Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
    .
    Lelaki mesra tanpa beremosi
    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

    P/s: Berbincanglah agar sama-sama dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Bukan saling menyalahkan pasangan dan menganggap diri sendiri sahaja yang betul....^__^
    Read more...

    Wednesday, 28 March 2012

    0

    Rahsia Golongan Wanita

  • Wednesday, 28 March 2012
  • gua jambu
  • Apakah rahsia wanita ? Mari kita kaji dan selidiki rahsia wanita? Kita nilai sendiri  lah ye..Semua orang mempunyai pendapat masing-masing. Tapi inilah antara rahsianya,huhu..
    Kepada kaum lelaki, sila take note yer...huhu...

    1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

    14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku  cinta.

    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

    22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

    27. Senjata wanita adalah airmata!!

    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

    P/s: Just sekadar info sahaja. Tidak semestinya betul atau salah. Yang penting, jage cinta masing-masing sebaik mungkin..huhu..
    Read more...

    Tuesday, 27 March 2012

    0

    Andainya Perempuan Tahu..

  • Tuesday, 27 March 2012
  • gua jambu
  • Salam..Kali ni, gua nak share entri post tentang perasaan..Iaitu perasaan lelaki...Next nanti, pasal perempuan pulak ea?hehe..
    (Gua ni nampak muke je ganas, tapi sensitif beb,huhu)..

    Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
    Andainya Perempuan Tahu… 

    • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)-bukan hanya wanita.

    •  Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

    •  Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

    •  Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

    •  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

    •  Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

    •  Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

    •  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

    • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

    •  Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

    •  Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

    •  Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

    •  Lelaki TIDAK boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

    •  Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

    •  Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

    •  Apabila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

    •  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

    •  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

    •  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

    P/s : Jom share info ni dengan perempuan lain yang berada di luar sana...^__^...
          (Ini hanya satu kajian sahaja ok, huhu)
    Read more...

    Monday, 26 March 2012

    0

    Rumah Mawi AF Dirompak..

  • Monday, 26 March 2012
  • gua jambu

  • KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

    Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari
    lalu.

    Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.
    Read more...
    0

    Mr. Bean Bakal Berlakon Dalam Industri Filem Indonesia??

  • gua jambu

  • Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.
    Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.
    "Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.

    Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".
    "Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.

    Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
    Read more...
    0

    Sekitar Perlumbaan Formula 1 Sepang

  • gua jambu

  • Jom, gua nak show kat korang gambar-gambar perlumbaan Formula 1...yiehhaaaa...

    Jenson Button (Britain)

    Jenson Button (Britain)

    Sebastian Vettel (Jerman)

    Michael Schumacher & Nico Rosberg..

    Lewis Hamilton

    Michael Schumacher

    Lewis Hamilton & Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso (Spain)

    Adrien Brody & Owen Wilson

    Adrien Brody

    Nicole Scherzinger (Pussycat Dolls) - Girlfriend Lewis Hamilton.

    Fernando Alonso & Lewis Hamilton

    Fernando Alonso

    Sergio Perez (Mexico)

    Lewis Hamilton

    Fernando Alonso dengan team beliau..hehe..

    P/s: Shiunggg...shiunggg...~ ~

    Read more...

    Sunday, 25 March 2012

    0

    Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak

  • Sunday, 25 March 2012
  • gua jambu

  • Penyanyi dan aktres Hilary Duff yang telah melahirkan putera sulungnya pada 20 Mac lalu masih tidak percaya bahawa dirinya sudah mempunyai anak.
    Menerusi pesanan di laman sosial Twitter miliknya, Duff berkata, "Wow! Saya tidak menyangka saya sudah mempunyai seorang bayi!
    "Terima kasih atas segala pesanan dan ucapan anda. Saya sayangkan anda semua," ujarnya.
    Duff dan suaminya, Mike Comrie menyambut kelahiran anak lelaki mereka yang diberi nama Luca Cruz Comrie dengan berat 3.58 kilogram.

    "Kami gembira dan berasa seperti ibu bapa yang sangat bertuah di dunia ini. Saya dan bayi berada dalam keadaan yang sangat baik," ujar aktres "Lizzie McGuire" ini.
    Duff, 24, mengumumkan berita kehamilannya pada Ogos tahun lalu bahawa dia dan Comrie bakal menimang cahaya mata dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama.
    Pasangan suami isteri bahagia ini telah berkahwin pada 10 Ogos 2010.
    Read more...

    Friday, 30 March 2012

    Sifat Wanita Yang Menawan Bagi Lelaki..

    Posted by gua jambu at 16:22 0 comments

    Kita sering kali mendengar ungkapan "Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia". Inilah salah satu persediaan khususnya kaum perempuan untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

    1. Keanak-anakkan
    Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

    2. Penuh Pengertian
    Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

    3. Menghargai
    Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

    4. Menjaga Penampilan
    Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

    5. Pandai berbicara
    Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

    6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
    Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

    7. Menghormati Diri Sendiri dan Suami.
    Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

    8. Simpati dan prihatin
    Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
    Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

    P/s: So, kepada kaum wanita, ingatlah bahawa lelaki/wanita yang baik adalah untuk wanita/lelaki yang baik. Begitulah jugak sebaliknya...hihi....=)

    Thursday, 29 March 2012

    Mengenai Seorang Lelaki..

    Posted by gua jambu at 16:12 0 comments
    Sudah fitrah manusia ini dijadikan, ada perbezaan masing-masing. Kejadian seorang lelaki adalah tidak sama dengan kejadian seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki sebaliknya. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka (khususnya golongan wanita):

    Tentang Seorang Lelaki :

    Hidup lelaki lebih mudah
    Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
    .
    Bahasa lelaki adalah berlainan
    Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

    .

    Lelaki suka membisu
    Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
    .
    Lelaki tidak kompleks
    Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
    .
    Jangan paksa lelaki
    Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
    .
    Lelaki berahsia dengan lelaki lain
    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
    .
    Lelaki pentingkan kejujuran
    Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
    .

    Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
    Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
    .
    Lelaki tidak suka dikritik
    Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
    Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
    .
    Lelaki juga mahukan sokongan
    Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

    .

    Lelaki dan ego
    Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
    Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
    .
    Lelaki mesra tanpa beremosi
    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

    P/s: Berbincanglah agar sama-sama dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Bukan saling menyalahkan pasangan dan menganggap diri sendiri sahaja yang betul....^__^

    Wednesday, 28 March 2012

    Rahsia Golongan Wanita

    Posted by gua jambu at 16:05 0 comments
    Apakah rahsia wanita ? Mari kita kaji dan selidiki rahsia wanita? Kita nilai sendiri  lah ye..Semua orang mempunyai pendapat masing-masing. Tapi inilah antara rahsianya,huhu..
    Kepada kaum lelaki, sila take note yer...huhu...

    1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

    14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku  cinta.

    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

    22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

    27. Senjata wanita adalah airmata!!

    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

    P/s: Just sekadar info sahaja. Tidak semestinya betul atau salah. Yang penting, jage cinta masing-masing sebaik mungkin..huhu..

    Tuesday, 27 March 2012

    Andainya Perempuan Tahu..

    Posted by gua jambu at 16:00 0 comments
    Salam..Kali ni, gua nak share entri post tentang perasaan..Iaitu perasaan lelaki...Next nanti, pasal perempuan pulak ea?hehe..
    (Gua ni nampak muke je ganas, tapi sensitif beb,huhu)..

    Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
    Andainya Perempuan Tahu… 

    • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)-bukan hanya wanita.

    •  Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

    •  Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

    •  Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

    •  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

    •  Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

    •  Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

    •  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

    • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

    •  Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

    •  Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

    •  Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

    •  Lelaki TIDAK boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

    •  Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

    •  Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

    •  Apabila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

    •  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

    •  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

    •  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

    P/s : Jom share info ni dengan perempuan lain yang berada di luar sana...^__^...
          (Ini hanya satu kajian sahaja ok, huhu)

    Monday, 26 March 2012

    Rumah Mawi AF Dirompak..

    Posted by gua jambu at 18:27 0 comments

    KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

    Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari
    lalu.

    Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

    Mr. Bean Bakal Berlakon Dalam Industri Filem Indonesia??

    Posted by gua jambu at 17:55 0 comments

    Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.
    Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.
    "Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.

    Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".
    "Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.

    Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

    Sekitar Perlumbaan Formula 1 Sepang

    Posted by gua jambu at 16:22 0 comments

    Jom, gua nak show kat korang gambar-gambar perlumbaan Formula 1...yiehhaaaa...

    Jenson Button (Britain)

    Jenson Button (Britain)

    Sebastian Vettel (Jerman)

    Michael Schumacher & Nico Rosberg..

    Lewis Hamilton

    Michael Schumacher

    Lewis Hamilton & Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso

    Fernando Alonso (Spain)

    Adrien Brody & Owen Wilson

    Adrien Brody

    Nicole Scherzinger (Pussycat Dolls) - Girlfriend Lewis Hamilton.

    Fernando Alonso & Lewis Hamilton

    Fernando Alonso

    Sergio Perez (Mexico)

    Lewis Hamilton

    Fernando Alonso dengan team beliau..hehe..

    P/s: Shiunggg...shiunggg...~ ~

    Sunday, 25 March 2012

    Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak

    Posted by gua jambu at 17:27 0 comments

    Penyanyi dan aktres Hilary Duff yang telah melahirkan putera sulungnya pada 20 Mac lalu masih tidak percaya bahawa dirinya sudah mempunyai anak.

    Subscribe