Klik Kalau Anda Comel...

Thursday 27 December 2012

0

Kesihatan: Kelebihan Pokok Serai..

  • Thursday 27 December 2012
  • gua jambu

  • KELEBIHAN POKOK SERAI

    Dalam dunia ni, pelbagai jenis pokok yang diciptakan serta mempunyai fungsi dan kelebihannya sendiri. Antaranya adalah seperti pokok petai sebagai ulam, pokok buluh untuk membuat lemang, pokok balak untuk perabot dan sebagainya lagi. So, kali ni Gua Jambu nak berkongsi info pasal pokok serai dengan semua. Jom terjahhh...

    Haa..Ini laa namanya pokok serai...Bukan pokok jambu ok..keh3..:D

    1. Sesak Nafas
    Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya  masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.

    2. Memutihkan Gigi
    Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.

    3. Melegakan Pening dan Lesu
    Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.

    Selain itu, untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Malah sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara tersebut. Air perahan serai pula berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian.

    Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

    Serai peha ayam pun ada? bukan setakat kepala ayam jerk...kui3..

    Haa, amacam, banyak tak khasiat daripada pokok serai nih? Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada pada pokok serai ni dan jugak pokok-pokok lain yang diciptakan Allah di atas muka bumi ni. So, rajin-rajinkanlah bercampur gaul dengan orang-orang tua serta membuat kajian di dalam buku ya..Tata...hik3..:P

    P/S: Lepas ni nak buat masak lemak pokok serai lah..auwww..
    Read more...

    Tuesday 20 November 2012

    0

    Maksud J-Qaf

  • Tuesday 20 November 2012
  • gua jambu

  • Maksud j-Qaf tu adalah singkatan kepada (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain). 

    Guru j-Qaf adalah guru yang mempunyai perjawatan luar norma. Ia bermaksud kehadiran mereka ke sekolah untuk memastikan tujuan utama (core business) iaitu matlamat program j-QAF tercapai (Maksudnya juga, guru j-QAF tidak digalakkan memegang jawatan yang berat dan terlalu sibuk seperti Guru Kelas, hal ini ditakuti yang dikejar tak dapat dan yang dikedong berkeciciran). Perjawatan luar norma juga tidak terikat dengan kouta dan bilangan murid di sesebuah sekolah sebagaimana guru biasa seperti Guru Matematik, Sains, dan sebagainya. Antara guru luar norma yang telah lama wujud sebelum ini ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Media, Guru Pemulihan, Guru Bimbingan, Guru Penyelaras Bestari, Guru Prasekolah dan Guru Data.

    INFO TENTANG KPLI-SR J-QAF:

    > Maksud: KPLI-SR j-QAF ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)

    > Ia diwujudkan bagi melahirkan Guru j-QAF yang terlatih bagi pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Rendah seluruh negara

    > Calon-calon yang berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF akan ditempatkan di mana-mana IPG seluruh negara selama 18 bulan bagi mengikuti program latihan ini serta akan diberi elaun bulanan

    SEDIKIT TIPS:

    Sesi temuduga diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam ko-kurikulum dan keterampilan. Jadi sila pastikan semua ini anda penuhi dan lebih lagi agar peratus kejayaan anda dalam sesi temuduga KPLI SR j-QAF boleh ditingkatkan.

    P/S: Semoga berjaya kepada semua calon-calon KPLI..=)
    Read more...

    Tuesday 2 October 2012

    0

    Kesihatan: Cara Bebaskan Diri Dari Jerawat..

  • Tuesday 2 October 2012
  • gua jambu

  • Korang ada jerawat tak? Masalah jerawat semestinya memeningkan fikiran korang? Jom cuba ikuti cara di bawah untuk mengatasi masalah kulit ini.

    1. Pastikan wajah anda selalu bersih. Gunakan pembersih wajah bebas minyak wangian (oil-fragrance free) dan pilih yang berlabel pH balance.

    2. Jika memiliki kulit wajah berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi benzoil peroxide atau salicylic acid.

    Si perempuan..

    3. Jangan gunakan penyegar wajah kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi sangat kering dan membuatkan jerawat kelihatan lebih jelas.

    4. Selepas wajah benar-benar bersih, sapukan krim anti jerawat ke seluruh wajah.

    Si lelaki pulak..hik,hik...

    5. Gunakan krim malam yang boleh menghilangkan parut-parut jerawat.

    6. Setiap pagi jangan lupa gunakan krim pelindung cahaya matahari bebas minyak ke seluruh wajah untuk mengelakkan kulit terdedah kepada sinaran UV.

    7. Buang tabiat suka memicit jerawat sesuka hati kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk. Sebaiknya dapatkan khidmat salon kecantikan.

    Asyik nak picittt jer..aduhhh..

    8. Satu petua tradisional, anda boleh sapukan limau nipis atau tomato pada kulit wajah sebelum masuk tidur. Ia boleh mengecutkan jerawat.

    Sesape nak air limau??hehe..

    P/s: Selamat Mencuba...^_^...(Banyakkan ambik wudhuk- Cadangan Gua Jambu)..hihi..
    Read more...

    Tuesday 7 August 2012

    0

    Kesihatan: Info Diet Yang Perlu Kita Ketahui..Menarik!

  • Tuesday 7 August 2012
  • gua jambu
  • This time, Gua Jambu nak share info dengan korang..Iaitu info diet yang seimbang..Sebab ramai orang terutamanya wanita mahu mengekalkan tubuh badan diorang agar langsing dan slim kan, tapi masalahnya adalah ada yang mengamalkan diet yang tak seimbang, contohnya tak nak makan nasi, lepas tu makan pil kurus dan sebagainya lagi. So, jom luangkan masa sedikit untuk baca info nih..:) 

    1) Buahan kering baik untuk diet
    Buah-buahan kering selain daripada enak dimakan begitu sahaja, ia juga sangat lazat apabila dicampur ke dalam kek, ais krim dan bijirin sarapan pagi. Malah, buah kering mengandungi 4-5 kali ganda lebih banyak dibandingkan buah segar dalam berat yang sama. Ini bermakna ia merupakan makanan penghasil tenaga yang baik.

    Antara buah kering yang korang boleh ambik contohnya macam kurma, kismis, apricot, kiwi...Cedappp..

    2) Kepentingan serat
    Pengambilan serat dalam diet harian amat penting. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum. Ini kerana serat berfungsi untuk mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan.

    3) Epal kurangkan kandungan kolesterol
    Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang gemar makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak dalam badan.
    Sape punye keje laa ni oiiii...har, har..

    4) Kacang brazil sumber selenuim terbaik
    Sebahagian besar kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ia juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Selain itu, kekacang juga merupakan sumber selenium, antioksidan kuat yang membantu mengurangi tanda-tanda penuaan. Kacang brazil merupakan sumber selenium terbaik berbanding kekacang lain. Mengambil satu kacang Brazil dalam masa sehari sudah mencukupi untuk keperluan selenium bagi kesihatan seorang wanita. Namun begitu, jangan mengambil lebih daripada empat biji sehari, ia boleh menyebabkan keracunan.

    5) Timun boleh tingkatkan stamina
    Buah ini mengandung zat-zat saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, fosfor, besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mengandungi banyak vitamin E untuk melewatkan penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah bersifat menurunkan panas dalam, meningkatkan stamina, dan lain-lain. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk proses pencernaan, menurunkan kolesterol, dan meneutralkan racun.

    Yang ni namanya Jus Timun..Korang pernah try??Euwww..:P

    6) Kalsium turunkan berat badan
    Kalau selama ini anda menyangka kalsium hanya diperlukan oleh tubuh untuk membentuk dan menguatkan tulang, maka sekarang anda perlu tahu bahawa kalsium memiliki manfaat lain. Kajian terbaru mendapati, wanita yang mengambil kalsium dalam jumlah yang banyak cenderung tidak memiliki masalah berat badan. Sebaliknya, wanita yang mengambil sedikit kalsium cenderung menghadapi masalah peningkatan berat badan.

    7) Makanan berempah bakar kalori
    Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Britain, mereka yang mengambil makanan berempah boleh membakar kalori sehingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Sebabnya, rasa pedas yang terkandung dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ia mencetuskan kepanasan semasa proses pencernaan, jadi anda boleh membakar kalori dengan lebih pantas.

    8) Air turunkan berat badan
    Antara fungsi air di dalam tubuh badannya ialah menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan sisa-sisa toksid. Selain itu, air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minum dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum cukup yang air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.

    9) Ambil sarapan dengan menu yang tepat
    Sarapan amat penting untuk merangsang metabolisme tubuh badan. Bagaimanapun, sarapan yang diambil mestilah berkualiti dan tepat. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur. 

    Menu sarapan yang tepat untuk sumber tenaga adalah buah-buahan segar, sama ada dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan jus. Menu ini selain tidak memerlukan proses pencernaan yang panjang (hanya 20 – 30 minit sahaja) ia juga mengandungi gula yang mudah diserap oleh tubuh badan. Ini bermakna, tubuh badan akan mempunyai tenaga yang cukup sehingga waktu makan tengahari. Pastikan juga makanan untuk sarapan berkadar rendah lemak.

    10) Pisang tidak menggemukkan
    Jangan takut makan pisang kerana ia memang tidak menggemukkan. Sebiji buah pisang yang bersaiz sederhana hanya mengandungi 0.2 gram lemak dan jumlah ini suda pasti tidak akan membuatkan anda gemuk. Tetapi mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu.

    Selain itu, diet tersebut juga boleh membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

    Ada sesape mintak pisang tadi???

    11) Sebiji telur sehari tidak mengapa
    Ramai yang mengatakan pengambilan telur pada setiap hari boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesteol dalam darah. Sebenarnya, kajian menunjukkan pengambilan telur pada setiap hari tidak memudaratkan kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati orang dewasa yang makan telur lebih daripada sebiji sehari tidak terdedah kepada risiko kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mengambil telur kuning sebiji seminggu.

    An ugly egg...hihi..ciannnn...

    P/s: Amakan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang ok?!
    Read more...

    Tuesday 31 July 2012

    0

    Kesihatan: Cara-Cara Nak Kempiskan Perut Yang Boroi..

  • Tuesday 31 July 2012
  • gua jambu
  • Salam Ramadhan al-Mubarak..

    Hihi..Post kali ni gua nak share info pasai keboroian atau kebuncitan keperutan setiap insan..Moh lerr bacer..:D

    Salah satu mimpi ngeri baru manusia sama ada lelaki atau perempuan adalah perut yang boroi atau buncit atau menonjol ke depan, huhu..Sememangnya, perut boroi dan gendut akan mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

    i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

    Monyet pun minum air banyak-banyak beb..hehe..

    ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

    Ini bukan simbol "No Teh Tarik, tapi ini "No Alcohol"....Ok!!

    iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

    Macam badan gua siutttt...:P

    iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

    Ayoookk, berkebun dengan Upin Ipin..hehe..

    v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

    Ini senaman yang khas untuk baby jer...Kalau untuk dewasa, lain sikit okeh..huhu..

    vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kedua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

    Nyumm...Nyummm..

    P/s: Haa, apa lagi..Bagi yang perut dah macam 14 bulan mengambang tu, faham-faham jelaa ek...Bagi yang kurus pulak, senaman laa sama, untuk dapatkan kesihatan yang berpanjangan..huhu..
    Read more...

    Tuesday 24 July 2012

    0

    Kala Jengking di Neraka..

  • Tuesday 24 July 2012
  • gua jambu
  • Assalamua'laikum..

    Kala Jengking Neraka

    Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
    bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
    dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

    Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

    "Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang :

    Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

    Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

    Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

    Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

    Kelima, orang yang suka minum arak."

    *Haiwan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka tetapi Allah ciptakan haiwan yang khas untuk menyeksa ahli neraka yg degil. Huhu.. Sape tak takut ngan kala jengking? Sekali dia ketip, nangissss kite woo... '~'
    Read more...

    Saturday 21 July 2012

    0

    Video Mat Luthfi 90 sempena Ramadhan..Terbaekkk..Memang Jambu laa..haha...

  • Saturday 21 July 2012
  • gua jambu

  • P/S: Selamat Berpuasa semua..:)
    Read more...
    0

    Kelebihan Bulan Ramadhan..

  • gua jambu
  • Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

    1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

    2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

    5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    PENERANGAN HADIS

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

    Biografi

    1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

    2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

    3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

    Sumber:
    Portal Rasmi Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia..
    Read more...

    Tuesday 26 June 2012

    0

    Untukmu Lelaki: Perwatakan Seorang Suami Yang DIkehendaki Wanita..

  • Tuesday 26 June 2012
  • gua jambu

  • Dah lama gua tak update...sori laa, sebab komitmen untuk benda lain, banyakkkk..huhu...ok, kali ni gua share info pasal ciri-ciri suami yang boleh untuk dibuat suami oleh para isteri..keh3...

    Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:

    1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

    2. Ada kerja gaji RM800-2500 ke atas atau lebih, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

    3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

    4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

    5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

    6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdalah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

    7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

    8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

    9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

    10. Belajar takat SPM je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

    11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

    12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

    13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

    14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

    15. Jenis senyum sokmo.

    16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

    17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

    18. Rajin dan ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

    19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

    20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

    21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

    P/s: Semoga dapat menjadi suami dan soleh, dan mendapat isteri yang solehah..:)
    Read more...

    Monday 11 June 2012

    0

    Pemandangan Hidupan Marin Yang Cantik dan Menenangkan...:D

  • Monday 11 June 2012
  • gua jambu

  • Holaaaa...Gua tau, sekarang ni rata-rata student tengah berada dalam musim exam, kan? Haa, so Gua Jambu nak share sikit pemandangan hidupan marin yang comeyh-comeyh belaka...Semoga korang terhibur...Yippieee..:)

    Ikan dolphin...:D

    Finding Nemo??

    Buah Kiwi ke ape nih??hik3..

    Three siblings...huhu..

    Gua ingatkan ni mentadak beb...kiki...

    Abang penyuuuuu...:)

    Sulaiman's Foot...(tapak sulaiman i mean)...:P

    Pengkaji WWF...

    Ikan temenung...(buat kuah laksa)..har, har..

    Ummmm...tomey, tomeyyyy...

    Wiewietttttt....hehe..

    P/s: Haa, amacam..tenang tak tengok pemandangan nih? Tenang tak??huhu...Bagi umat Islam, kalau nak lagi berkesan, ambil lah wudhuk, solat sunat and then baca al-Quran...InsyaAllah tenang...:)

    Read more...

    Tuesday 5 June 2012

    0

    Filem Yang Tidak Kita Tahu Dilakonkan oleh Spider-Man..

  • Tuesday 5 June 2012
  • gua jambu

  • Gua nak show-off untuk sumer die-hard fans kepada Spider-Man, iaitu filem-filem lain yang beliau berlakon, selain daripada citer Spider-Man tuh sendiri..ahaksss...Lets rooll..~ ~

    MISSION IMPOSSIBLE: GHOST PROTOCOL

    THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE

    BLACK HAWK DOWN

    THE DARK KNIGHT

    300

    PSYCHO

    THE RING

    Haaa, amacam? Terkezut tak??haha...Tak sangke kan, si Spidey ni suke masuk kat filem-filem orang lain...Mentang-mentang laa boleh bergayut ke sana ke mari...kikikiki..:D

    P/s: Daaaa....har,har,har...
    Read more...

    Monday 28 May 2012

    0

    Gambar Poster daripada Filem "The Dark Knight Rises" yang Bakal Ditayangkan..

  • Monday 28 May 2012
  • gua jambu
  • Sempena pelancaran filem Batman nanti, gua nak share dengan korang gambar poster "The Dark Knight Rises" yang bakal menemui anda semua pada Julai 2012 nanti...mane laa tau korang nak buat desktop background ke ape, hehe..Memang supa-dupa kool laa poster nih...Jom jengukkkk!!

    Sinopsis:
    "The Dark Knight Rises" adalah bab yang ketiga dan terakhir dalam trilogi epik Batman Christoper Nolan. Filem ini dibintangi oleh Christian Bale, Tom Hardy, Anne Hathaway dan Michael Caine, dan ditetapkan untuk dibuka di pawagam pada 19 Julai 2012.

    Si Bekmen yang bajet hensem, wekkkkk...:D

    Nih awek si Bekmen tuh kot...keh3..

    Nih maybe orang jahat...Sebab hero dah ade..Mesti laa yang ni jahat...Takkan laa hero nak kene ade dua pulak kot..huhuhu..

    Coming-soon Di Pawagam Berdekatan Airrrr...eh, berdekatan andaaa...hak3..

    Ape laaa, tak pakai tudung...ish3...

    Budak botakkk..budak botakkk..keh3..

    Meletopp kau Mek Jahhhh...Fiushhhh...

    P/s: Amacam? Amacam? Mesti korang tak sabar nak tunggu citer nih masuk Malaysia kan??Gua pun same, yeahh!!
    Read more...

    Thursday 27 December 2012

    Kesihatan: Kelebihan Pokok Serai..

    Posted by gua jambu at 07:23 0 comments

    KELEBIHAN POKOK SERAI

    Dalam dunia ni, pelbagai jenis pokok yang diciptakan serta mempunyai fungsi dan kelebihannya sendiri. Antaranya adalah seperti pokok petai sebagai ulam, pokok buluh untuk membuat lemang, pokok balak untuk perabot dan sebagainya lagi. So, kali ni Gua Jambu nak berkongsi info pasal pokok serai dengan semua. Jom terjahhh...

    Haa..Ini laa namanya pokok serai...Bukan pokok jambu ok..keh3..:D

    1. Sesak Nafas
    Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya  masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.

    2. Memutihkan Gigi
    Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.

    3. Melegakan Pening dan Lesu
    Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.

    Selain itu, untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Malah sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara tersebut. Air perahan serai pula berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian.

    Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

    Serai peha ayam pun ada? bukan setakat kepala ayam jerk...kui3..

    Haa, amacam, banyak tak khasiat daripada pokok serai nih? Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada pada pokok serai ni dan jugak pokok-pokok lain yang diciptakan Allah di atas muka bumi ni. So, rajin-rajinkanlah bercampur gaul dengan orang-orang tua serta membuat kajian di dalam buku ya..Tata...hik3..:P

    P/S: Lepas ni nak buat masak lemak pokok serai lah..auwww..

    Tuesday 20 November 2012

    Maksud J-Qaf

    Posted by gua jambu at 02:44 0 comments

    Maksud j-Qaf tu adalah singkatan kepada (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain). 

    Guru j-Qaf adalah guru yang mempunyai perjawatan luar norma. Ia bermaksud kehadiran mereka ke sekolah untuk memastikan tujuan utama (core business) iaitu matlamat program j-QAF tercapai (Maksudnya juga, guru j-QAF tidak digalakkan memegang jawatan yang berat dan terlalu sibuk seperti Guru Kelas, hal ini ditakuti yang dikejar tak dapat dan yang dikedong berkeciciran). Perjawatan luar norma juga tidak terikat dengan kouta dan bilangan murid di sesebuah sekolah sebagaimana guru biasa seperti Guru Matematik, Sains, dan sebagainya. Antara guru luar norma yang telah lama wujud sebelum ini ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Media, Guru Pemulihan, Guru Bimbingan, Guru Penyelaras Bestari, Guru Prasekolah dan Guru Data.

    INFO TENTANG KPLI-SR J-QAF:

    > Maksud: KPLI-SR j-QAF ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)

    > Ia diwujudkan bagi melahirkan Guru j-QAF yang terlatih bagi pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Rendah seluruh negara

    > Calon-calon yang berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF akan ditempatkan di mana-mana IPG seluruh negara selama 18 bulan bagi mengikuti program latihan ini serta akan diberi elaun bulanan

    SEDIKIT TIPS:

    Sesi temuduga diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam ko-kurikulum dan keterampilan. Jadi sila pastikan semua ini anda penuhi dan lebih lagi agar peratus kejayaan anda dalam sesi temuduga KPLI SR j-QAF boleh ditingkatkan.

    P/S: Semoga berjaya kepada semua calon-calon KPLI..=)

    Tuesday 2 October 2012

    Kesihatan: Cara Bebaskan Diri Dari Jerawat..

    Posted by gua jambu at 21:46 0 comments

    Korang ada jerawat tak? Masalah jerawat semestinya memeningkan fikiran korang? Jom cuba ikuti cara di bawah untuk mengatasi masalah kulit ini.

    1. Pastikan wajah anda selalu bersih. Gunakan pembersih wajah bebas minyak wangian (oil-fragrance free) dan pilih yang berlabel pH balance.

    2. Jika memiliki kulit wajah berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi benzoil peroxide atau salicylic acid.

    Si perempuan..

    3. Jangan gunakan penyegar wajah kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi sangat kering dan membuatkan jerawat kelihatan lebih jelas.

    4. Selepas wajah benar-benar bersih, sapukan krim anti jerawat ke seluruh wajah.

    Si lelaki pulak..hik,hik...

    5. Gunakan krim malam yang boleh menghilangkan parut-parut jerawat.

    6. Setiap pagi jangan lupa gunakan krim pelindung cahaya matahari bebas minyak ke seluruh wajah untuk mengelakkan kulit terdedah kepada sinaran UV.

    7. Buang tabiat suka memicit jerawat sesuka hati kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk. Sebaiknya dapatkan khidmat salon kecantikan.

    Asyik nak picittt jer..aduhhh..

    8. Satu petua tradisional, anda boleh sapukan limau nipis atau tomato pada kulit wajah sebelum masuk tidur. Ia boleh mengecutkan jerawat.

    Sesape nak air limau??hehe..

    P/s: Selamat Mencuba...^_^...(Banyakkan ambik wudhuk- Cadangan Gua Jambu)..hihi..

    Tuesday 7 August 2012

    Kesihatan: Info Diet Yang Perlu Kita Ketahui..Menarik!

    Posted by gua jambu at 05:14 0 comments
    This time, Gua Jambu nak share info dengan korang..Iaitu info diet yang seimbang..Sebab ramai orang terutamanya wanita mahu mengekalkan tubuh badan diorang agar langsing dan slim kan, tapi masalahnya adalah ada yang mengamalkan diet yang tak seimbang, contohnya tak nak makan nasi, lepas tu makan pil kurus dan sebagainya lagi. So, jom luangkan masa sedikit untuk baca info nih..:) 

    1) Buahan kering baik untuk diet
    Buah-buahan kering selain daripada enak dimakan begitu sahaja, ia juga sangat lazat apabila dicampur ke dalam kek, ais krim dan bijirin sarapan pagi. Malah, buah kering mengandungi 4-5 kali ganda lebih banyak dibandingkan buah segar dalam berat yang sama. Ini bermakna ia merupakan makanan penghasil tenaga yang baik.

    Antara buah kering yang korang boleh ambik contohnya macam kurma, kismis, apricot, kiwi...Cedappp..

    2) Kepentingan serat
    Pengambilan serat dalam diet harian amat penting. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum. Ini kerana serat berfungsi untuk mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan.

    3) Epal kurangkan kandungan kolesterol
    Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang gemar makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak dalam badan.
    Sape punye keje laa ni oiiii...har, har..

    4) Kacang brazil sumber selenuim terbaik
    Sebahagian besar kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ia juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Selain itu, kekacang juga merupakan sumber selenium, antioksidan kuat yang membantu mengurangi tanda-tanda penuaan. Kacang brazil merupakan sumber selenium terbaik berbanding kekacang lain. Mengambil satu kacang Brazil dalam masa sehari sudah mencukupi untuk keperluan selenium bagi kesihatan seorang wanita. Namun begitu, jangan mengambil lebih daripada empat biji sehari, ia boleh menyebabkan keracunan.

    5) Timun boleh tingkatkan stamina
    Buah ini mengandung zat-zat saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, fosfor, besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mengandungi banyak vitamin E untuk melewatkan penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah bersifat menurunkan panas dalam, meningkatkan stamina, dan lain-lain. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk proses pencernaan, menurunkan kolesterol, dan meneutralkan racun.

    Yang ni namanya Jus Timun..Korang pernah try??Euwww..:P

    6) Kalsium turunkan berat badan
    Kalau selama ini anda menyangka kalsium hanya diperlukan oleh tubuh untuk membentuk dan menguatkan tulang, maka sekarang anda perlu tahu bahawa kalsium memiliki manfaat lain. Kajian terbaru mendapati, wanita yang mengambil kalsium dalam jumlah yang banyak cenderung tidak memiliki masalah berat badan. Sebaliknya, wanita yang mengambil sedikit kalsium cenderung menghadapi masalah peningkatan berat badan.

    7) Makanan berempah bakar kalori
    Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Britain, mereka yang mengambil makanan berempah boleh membakar kalori sehingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Sebabnya, rasa pedas yang terkandung dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ia mencetuskan kepanasan semasa proses pencernaan, jadi anda boleh membakar kalori dengan lebih pantas.

    8) Air turunkan berat badan
    Antara fungsi air di dalam tubuh badannya ialah menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan sisa-sisa toksid. Selain itu, air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minum dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum cukup yang air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.

    9) Ambil sarapan dengan menu yang tepat
    Sarapan amat penting untuk merangsang metabolisme tubuh badan. Bagaimanapun, sarapan yang diambil mestilah berkualiti dan tepat. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur. 

    Menu sarapan yang tepat untuk sumber tenaga adalah buah-buahan segar, sama ada dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan jus. Menu ini selain tidak memerlukan proses pencernaan yang panjang (hanya 20 – 30 minit sahaja) ia juga mengandungi gula yang mudah diserap oleh tubuh badan. Ini bermakna, tubuh badan akan mempunyai tenaga yang cukup sehingga waktu makan tengahari. Pastikan juga makanan untuk sarapan berkadar rendah lemak.

    10) Pisang tidak menggemukkan
    Jangan takut makan pisang kerana ia memang tidak menggemukkan. Sebiji buah pisang yang bersaiz sederhana hanya mengandungi 0.2 gram lemak dan jumlah ini suda pasti tidak akan membuatkan anda gemuk. Tetapi mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu.

    Selain itu, diet tersebut juga boleh membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

    Ada sesape mintak pisang tadi???

    11) Sebiji telur sehari tidak mengapa
    Ramai yang mengatakan pengambilan telur pada setiap hari boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesteol dalam darah. Sebenarnya, kajian menunjukkan pengambilan telur pada setiap hari tidak memudaratkan kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati orang dewasa yang makan telur lebih daripada sebiji sehari tidak terdedah kepada risiko kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mengambil telur kuning sebiji seminggu.

    An ugly egg...hihi..ciannnn...

    P/s: Amakan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang ok?!

    Tuesday 31 July 2012

    Kesihatan: Cara-Cara Nak Kempiskan Perut Yang Boroi..

    Posted by gua jambu at 12:49 0 comments
    Salam Ramadhan al-Mubarak..

    Hihi..Post kali ni gua nak share info pasai keboroian atau kebuncitan keperutan setiap insan..Moh lerr bacer..:D

    Salah satu mimpi ngeri baru manusia sama ada lelaki atau perempuan adalah perut yang boroi atau buncit atau menonjol ke depan, huhu..Sememangnya, perut boroi dan gendut akan mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

    i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

    Monyet pun minum air banyak-banyak beb..hehe..

    ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

    Ini bukan simbol "No Teh Tarik, tapi ini "No Alcohol"....Ok!!

    iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

    Macam badan gua siutttt...:P

    iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

    Ayoookk, berkebun dengan Upin Ipin..hehe..

    v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

    Ini senaman yang khas untuk baby jer...Kalau untuk dewasa, lain sikit okeh..huhu..

    vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kedua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

    Nyumm...Nyummm..

    P/s: Haa, apa lagi..Bagi yang perut dah macam 14 bulan mengambang tu, faham-faham jelaa ek...Bagi yang kurus pulak, senaman laa sama, untuk dapatkan kesihatan yang berpanjangan..huhu..

    Tuesday 24 July 2012

    Kala Jengking di Neraka..

    Posted by gua jambu at 10:33 0 comments
    Assalamua'laikum..

    Kala Jengking Neraka

    Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
    bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
    dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

    Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

    "Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang :

    Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

    Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

    Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

    Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

    Kelima, orang yang suka minum arak."

    *Haiwan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka tetapi Allah ciptakan haiwan yang khas untuk menyeksa ahli neraka yg degil. Huhu.. Sape tak takut ngan kala jengking? Sekali dia ketip, nangissss kite woo... '~'

    Saturday 21 July 2012

    Video Mat Luthfi 90 sempena Ramadhan..Terbaekkk..Memang Jambu laa..haha...

    Posted by gua jambu at 09:01 0 comments

    P/S: Selamat Berpuasa semua..:)

    Kelebihan Bulan Ramadhan..

    Posted by gua jambu at 07:10 0 comments
    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

    1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

    2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

    5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    PENERANGAN HADIS

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

    Biografi

    1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

    2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

    3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

    Sumber:
    Portal Rasmi Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia..

    Tuesday 26 June 2012

    Untukmu Lelaki: Perwatakan Seorang Suami Yang DIkehendaki Wanita..

    Posted by gua jambu at 22:00 0 comments

    Dah lama gua tak update...sori laa, sebab komitmen untuk benda lain, banyakkkk..huhu...ok, kali ni gua share info pasal ciri-ciri suami yang boleh untuk dibuat suami oleh para isteri..keh3...

    Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:

    1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

    2. Ada kerja gaji RM800-2500 ke atas atau lebih, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

    3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

    4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

    5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

    6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdalah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

    7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

    8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

    9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

    10. Belajar takat SPM je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

    11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

    12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

    13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

    14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

    15. Jenis senyum sokmo.

    16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

    17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

    18. Rajin dan ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

    19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

    20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

    21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

    P/s: Semoga dapat menjadi suami dan soleh, dan mendapat isteri yang solehah..:)

    Monday 11 June 2012

    Pemandangan Hidupan Marin Yang Cantik dan Menenangkan...:D

    Posted by gua jambu at 20:34 0 comments

    Holaaaa...Gua tau, sekarang ni rata-rata student tengah berada dalam musim exam, kan? Haa, so Gua Jambu nak share sikit pemandangan hidupan marin yang comeyh-comeyh belaka...Semoga korang terhibur...Yippieee..:)

    Ikan dolphin...:D

    Finding Nemo??

    Buah Kiwi ke ape nih??hik3..

    Three siblings...huhu..

    Gua ingatkan ni mentadak beb...kiki...

    Abang penyuuuuu...:)

    Sulaiman's Foot...(tapak sulaiman i mean)...:P

    Pengkaji WWF...

    Ikan temenung...(buat kuah laksa)..har, har..

    Ummmm...tomey, tomeyyyy...

    Wiewietttttt....hehe..

    P/s: Haa, amacam..tenang tak tengok pemandangan nih? Tenang tak??huhu...Bagi umat Islam, kalau nak lagi berkesan, ambil lah wudhuk, solat sunat and then baca al-Quran...InsyaAllah tenang...:)

    Tuesday 5 June 2012

    Filem Yang Tidak Kita Tahu Dilakonkan oleh Spider-Man..

    Posted by gua jambu at 09:33 0 comments

    Gua nak show-off untuk sumer die-hard fans kepada Spider-Man, iaitu filem-filem lain yang beliau berlakon, selain daripada citer Spider-Man tuh sendiri..ahaksss...Lets rooll..~ ~

    MISSION IMPOSSIBLE: GHOST PROTOCOL

    THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE

    BLACK HAWK DOWN

    THE DARK KNIGHT

    300

    PSYCHO

    THE RING

    Haaa, amacam? Terkezut tak??haha...Tak sangke kan, si Spidey ni suke masuk kat filem-filem orang lain...Mentang-mentang laa boleh bergayut ke sana ke mari...kikikiki..:D

    P/s: Daaaa....har,har,har...

    Monday 28 May 2012

    Gambar Poster daripada Filem "The Dark Knight Rises" yang Bakal Ditayangkan..

    Posted by gua jambu at 20:33 0 comments
    Sempena pelancaran filem Batman nanti, gua nak share dengan korang gambar poster "The Dark Knight Rises" yang bakal menemui anda semua pada Julai 2012 nanti...mane laa tau korang nak buat desktop background ke ape, hehe..Memang supa-dupa kool laa poster nih...Jom jengukkkk!!

    Subscribe