Klik Kalau Anda Comel...
Saturday, 17 March 2012
0
Saturday, 17 March 2012
gua jambu
Read more...
Geneva 2012: Kereta Yang Dikategorikan Terburuk..
Jom, Gua Jambu nak bawak korang sumer gi jalan-jalan kat negara Geneva...Bukan pe, kat sane ade carshow...Boleh ler korang tengok yang mana berkenan nanti...Tapi, kali ni adalah mengenai gambar kereta yang dikategorikan terburuk...ahakszzzz..~ ~
RENAULT TWIZZY
FAB DESIGN PORSCHE CAYENNE
DACIA LODGY
HAMANN HAWK ROADSTER
ABT BEETLE
TATA MANZA
GEMBALLA TORNADO
HAMANN EVOQUE
TATA SAFARI STORME
YANCIA YPSILON
P/s: Gua nak beli Subaru Imprezzaaaa...yieeehhaa...haha..
Friday, 16 March 2012
0
Friday, 16 March 2012
gua jambu
Petua Bawang Putih
Ubati Sakit Lelah dan Semput
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk. Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.
Ubat Sakit Angin
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Melancarkan Peredaran Darah
Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
Menghilangkan Batuk
Bawang putih dibakar dengan kulitnya. Setelah dibakar, kupas dan basuh bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Insyaallah, batuk hilang.
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan
1. Tekanan darah tinggi
Bawang putih berpotensi untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Bahan aktifnya, Allicin berupaya untuk meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan ini juga akan mencegah kerosakan saluran darah yang lain. Allicin juga boleh menurunkan penggumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko trombosis (pembekuan darah dalam salur darah) yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
2. Masalah pernafasan
Bawang putih dikenali sebagai ramuan tradisional yang selamat dan berkesan dalam merawat lelah, bronkitis (radang paru-paru) dan masalah pernafasan yang lain. Kandungan eter dalam bawang putih adalah kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi sehingga boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru. Tambahan pula, bawang putih merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.
3. Kencing manis
Untuk penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat / gula. Bawang putih juga kaya dengan kalium, iaitu sebanyak lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis akan mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma. Selain dari kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
4. Permasalahan wanita
Golongan wanita sering menghadapi keadaan sedih, kemurungan, sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid. Keadaankeadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia akan merangsang pengeluaran haid. Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang putih yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakalbakal ibu.
5. Tahap kolesterol
Bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini disebabkan kandungan sebatian tokimia dalam bawang putih yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasi tubuh.
Secara keseluruhannya, bawang putih merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai pelbagai fungsi terapeutik. Ia bukan sahaja ramuan dalam masakan, tetapi juga bertindak sebagai ubat untuk merawat penyakit.
* Sumber: Rex Adam. 1997. Makanan Penawar Yang Menakjubkan. Terj.ZarinaMusa. Thinker’s Library Sdn. Bhd. Email Edition – The Herbal Sage. Email Edition – AModern Herbal: Garlic, UKM.
Read more...
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan..

Gua suka tengok cite ni dulu-dulu...hik3...=D
Thursday, 15 March 2012
0
Thursday, 15 March 2012
gua jambu
Read more...
Zarina Angolie Ingin Segera Kahwin!
Artis yang sering dicop 'cakap lepas' dan tidak lekang dengan cerita panas, Zarina Anjoulie Lavocah ingin segera mendirikan rumah tangga bagi mengelak dirinya terus dikaitkan dengan kontroversi yang selama ini mengaibkan diri serta keluarganya.
Dipetik daripada myMetro, Zarina berharap selepas melangsungkan perkahwinannya nanti, hidupnya akan lebih aman dan sekaligus menamatkan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya selama ini.
"Saya ingin cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Saya harap dengan keputusan ini, saya tidak akan lagi dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan saya.
"Jika selepas bergelar isteri masih ada yang ingin bercerita buruk tentang saya terutamanya berkaitan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi," kata Zarina.
Aktres seksi berusia 25 tahun ini turut mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan suami orang dan akan bermadu tetapi enggan mendedahkan identitinya bagi mengelak daripada menjadi bahan fitnah mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
"Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahu pun keempat. Asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama.
"Dibandingkan dengan orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luar batasan, lebih besar dosanya. Keputusan yang diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan doakan yang baik-baik sahaja buat kami berdua," ujarnya lagi.
Zarina turut memberitahu bakal suaminya itu telah memberi kebenaran untuk dirinya terus bergiat dalam bidang seni dan peragaan selepas berkahwin nanti.
Wednesday, 14 March 2012
0
Wednesday, 14 March 2012
gua jambu
Read more...
Gambar Di Sebalik Tabir "The Amazing Spider-Man"
"The Amazing Spider-Man" adalah kisah Peter Parker (Andrew Garfield),yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya sebagai seorang lelaki, yang akan dipelihara oleh Ben Uncle (Martin Sheen) dan Aunt Mei (Sallybidang). Seperti kebanyakan remaja lain, Peter sedang cuba untuk memikirkan bagaimana dia dapat menjadi orang sebagaimana pada hari ini(dari mana dia datang). Peter juga mencari jalan bersama dengan rakan wanita sekolah tinggi pertamanya iaitu, Gwen Stacy (Emma Batu), dan bersama-sama, mereka berjuang dengan kasih sayang, komitmen, dan rahsia. Seterusnya, Peter menemui beg bimbit misteri yang dimiliki oleh bapanya, dan dia memulakan usaha untuk memahami kehilangan ibu bapanya, yang kemudiannya terus membawa beliau kepada Oscorp dan makmal Dr Curt Connors (RhysIfans), iaitu bekas rakan kongsi bapanya.
P/s: Gua rase, ni macam filem baru jer..huhu..
Tuesday, 13 March 2012
0
Tuesday, 13 March 2012
gua jambu
Read more...
Gila Bola..
Semua orang dah sedia maklum, bahawa antara sukan yang paling dugilai di seluruh dunia adalah bola sepak..Sukan ini turut diminati and jugak digilai oleh golongan lelaki, berbanding wanita..Sehinggakan ada suami atau lelaki yang sanggup mengutamakan bola daripada makan roti canai kuah banjir..Kalau korang tak caye, korang gi tengok kat mapley...hik3..
Ini laa kesannya, kalau terlalu gilakan bola...Tuan punya kereta sanggup beli bola yang besar-besar untuk disepak di halaman rumah, sampaikan tak sedar yang dia just ada kereta kecik je dari bola tuh..keh3..
P/s: Moral of the sories, fikir dahulu sebelum bertindak..ahakszz..
Monday, 12 March 2012
0
Monday, 12 March 2012
gua jambu
Read more...
Harith Iskander Bergelar Bapa..
12 Mac – Pelawak terkenal, Harith Iskander, kini sudah bergelar bapa apabila isteri tercinta, Jezamine Lim Iskander selamat melahirkan putera sulung mereka pada 8 Mac lalu.
Berita gembira tersebut diumumkan oleh Harith melalui laman sosial Twitter miliknya.
Pelawak berusia 43 tahun ini dan isterinya yang merupakan seorang doktor perubatan telah memberi nama anak mereka yang seberat 3.89 kilogram itu sebagai Zander Xayne Iskander.
Zander Xayne Iskander..
Sebelum ini Harith pernah memohon maaf kepada para peminat ekoran menyiarkan gambar perut isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung lapan bulan dan menjelaskan tindakannya itu adalah disebabkan perasaan teruja menanti hari bergelar bapa.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2010.
P/s: GUA JAMBU ucapkan tahniah kepada pasangan ibu dan ayah nie..huhu..
Sunday, 11 March 2012
0
Sunday, 11 March 2012
gua jambu
Read more...
Irma Hasmie Bertunang?
Selepas gagal dalam hubungan cinta bersama pengacara radio dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak, aktres Irma Hasmie dikatakan sudah bertemu pengganti baru.
Malah Irma didakwa bakal bertunang pada 27 Mac dalam satu majlis di kediaman keluarganya di Sungai Buloh, Selangor.
Bakal tunang Irma dikatakan berjaya memikat hatinya ketika bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dulu.
Walaubagaimanapun aktres berusia 30 tahun ini masih belum mengesahkan berita tersebut.
Selepas tampil dengan imej bertudung, Irma pernah memberitahu ciri-ciri lelaki pilihannya untuk dijadikan teman hidup.
"Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agama, keturunan, harta dan rupanya. Namun saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."
P/s: Alhamdulillah...Benda baik elok dicepatkan..huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)