Klik Kalau Anda Comel...

Sunday, 15 January 2012

2

10 Model Ferrari yang Terbaik!!

  • Sunday, 15 January 2012
  • gua jambu
  • Share

  • Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, bahawa Ferrari sudah menghasilkan kereta sejak 1929. Sehingga kini kereta yang berasal daripada Itali itu sangat terkenal dan mahsyur.

    Di antara produk keretanya, terdapat juga 10 Ferrari yang dinobatkan sebagai super car terbaik dalam sejarah Ferrari. Tentu saja 10 Ferrari itu patut dikenang masyarakat khususnya para pencinta Ferrari.

    Pengukuhan itu tentu dilihat dari bentuknya dan juga teknologi, keteguhan serta kemampuan di atas jalanraya dan litar. Ini dia 10 Ferrari terbaik GUA JAMBU nak share, jom terjahhh...

    Ferrari 250 GTO
    Dihasilkan untuk kegunaan litar GT racing. Badannya mengambil konsep old school, dan juga retro(klasik). Berkapasiti enjin 3.000 cc V12 dan sangat  popular ketika era 60-an.

    Ferrari 365 GTB
    Ferrari ini juga sangat popular pada era70-an. Enjinnya berkapasiti 4.390 cc V12 yang dapat menghasilkan tenaga 352 bhp (262 kW). Reka bentuknya juga sangat futuristik.

    Ferrari F50
    Dihasilkan sekitar 1995-1997 hasil pengembangan antara F40 dan Enzo, menghasilkan sebuah mesin terbaik di kubu Ferrari. Enjinnya berkapasiti 4.700 cc sehingga mengeluarkan tenaga 513 Hp pada 8.000 rpm. Kenderaan ini dapat memecut sehingga tahap maksima 200 mph. Reka bentuknya pula mengambil daripada bentuk Formula 1.

    Ferrari Enzo
    Siapa yang tidak kenal Ferrari Enzo. Kenderaan yang dihasilkan pada tahun 2002 itu berkembang menjadi antara kereta yang terpantas. Reka bentuknya diambil daripada kereta Formula 1. Manakala enjinnya pula berkapasiti 6.000 cc V12 yang digabungkan dengan 6 semi automatik.

    Ferrari F40
    Kenderaan ini dihasilkan sejak 1987-1992. Ferrari menjadikannya sebagai kereta terpantas dan paling bertenaga pada ketika itu. Bayangkanlah kereta ini menjadi kereta terpantas yang dibolehkan untuk dipandu di atas jalan raya, perghhh..

    Ferrari 246 Dino
    Dihasilkan pada tahun 1968, kereta ini menjadi kereta yang sangat interaktif di era-nya. Keadaan ini menjadi nilai tambah bagi Ferrari dengan mempromosikan kereta tersebut. Bentuknya kelihatan tidak meyakinkan. Akan tetapi, disebaliknya terdapat enjin yang dikatakan cukup kuat ketika berada di litar lumba. Terdapat 2 pilihan enjinnya iaitu dengan kapasiti 2.400 cc 6 silinder dan juga 3.000 cc dengan 8 silinder.

    Ferrari 275 GTB/4 
    Pertama kali diperkenalkan pada Paris Motor Show di 1966 dan seterusnya dihasilkan sehingga tahun 1968. Kereta tersebut menjadi kereta Ferrari yang dikatakan sebagai supercar terlembut kerana hanya memiliki tingkat getaran yang cukup rendah berbanding model Ferrari yang lainnya. Di sebalik bonetnya pula, terdapat terdapat enjin yang berkapasiti 3.300 cc 4 -cam V12.

    Ferrari 360 Challenge Stradale
    Perjalanan kereta Ferrari semakin lengkap dengan penghasilan sebuah lagi keretanya. Dibuat sekitar tahun 1999-2005, Ferrari 360 menjadi kereta Ferrari dengan terbaik. Namun pihak Ferrari meminta supaya kereta itu tidak digunakan untuk berlumba di atas jalan. Hal ini adalah kerana teknologi yang digunakan iaitu pada 3.600 cc V8 yang dapat membahayakan penggunanya.

    Ferrari 166MM Inter
    Bentuknya sangat futuristik. Namun kereta ini dikategorikan sebagai mobil sport. Terdapat mesin berkapasiti 2.000 cc berkonfigurasi V12 disebalik bonetnya. Hanya ada 39 unit di dunia iaitu dihasilkan sekitar tahun  1948–1953. Kereta ini juga menjadi kereta dengan bentuk yang terbaik. Sempoi kan??

    Ferrari F355
    Dihasikan pada 1994-1999, F355 menjadi penerus kepada model F369. Mempunyai enjin yang berkapasiti 3.500 cc V8 DOHC yang digabungkan dengan 6 gear serta berteknologikan gearbox Formula 1 sehingga menjadikan kereta tersebut sebagai kereta terbaik saat itu. Ada 3 jenis yang ditawarkan iaiatu F355 Spider, F355 GTS dan juga F355 Challenge.

    P/s: Gua nak beli Ferraro Roacher pun takde duet, apetah lagi Ferrari...huk3...=D

    2 Responses to “10 Model Ferrari yang Terbaik!!”

    Anonymous said...
    15 January 2012 at 15:58

    lagi lama ferrari tu..lg mahal harganya...lg2 yg part klasik tu...

    gua jambu said...
    15 January 2012 at 16:16

    tu laa..macam dengan part dye jugak...sebab dah jadik barang "rare"..keh3..

    Post a Comment

    Sunday, 15 January 2012

    10 Model Ferrari yang Terbaik!!

    Posted by gua jambu at 09:01

    Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, bahawa Ferrari sudah menghasilkan kereta sejak 1929. Sehingga kini kereta yang berasal daripada Itali itu sangat terkenal dan mahsyur.

    Di antara produk keretanya, terdapat juga 10 Ferrari yang dinobatkan sebagai super car terbaik dalam sejarah Ferrari. Tentu saja 10 Ferrari itu patut dikenang masyarakat khususnya para pencinta Ferrari.

    Pengukuhan itu tentu dilihat dari bentuknya dan juga teknologi, keteguhan serta kemampuan di atas jalanraya dan litar. Ini dia 10 Ferrari terbaik GUA JAMBU nak share, jom terjahhh...

    Ferrari 250 GTO
    Dihasilkan untuk kegunaan litar GT racing. Badannya mengambil konsep old school, dan juga retro(klasik). Berkapasiti enjin 3.000 cc V12 dan sangat  popular ketika era 60-an.

    Ferrari 365 GTB
    Ferrari ini juga sangat popular pada era70-an. Enjinnya berkapasiti 4.390 cc V12 yang dapat menghasilkan tenaga 352 bhp (262 kW). Reka bentuknya juga sangat futuristik.

    Ferrari F50
    Dihasilkan sekitar 1995-1997 hasil pengembangan antara F40 dan Enzo, menghasilkan sebuah mesin terbaik di kubu Ferrari. Enjinnya berkapasiti 4.700 cc sehingga mengeluarkan tenaga 513 Hp pada 8.000 rpm. Kenderaan ini dapat memecut sehingga tahap maksima 200 mph. Reka bentuknya pula mengambil daripada bentuk Formula 1.

    Ferrari Enzo
    Siapa yang tidak kenal Ferrari Enzo. Kenderaan yang dihasilkan pada tahun 2002 itu berkembang menjadi antara kereta yang terpantas. Reka bentuknya diambil daripada kereta Formula 1. Manakala enjinnya pula berkapasiti 6.000 cc V12 yang digabungkan dengan 6 semi automatik.

    Ferrari F40
    Kenderaan ini dihasilkan sejak 1987-1992. Ferrari menjadikannya sebagai kereta terpantas dan paling bertenaga pada ketika itu. Bayangkanlah kereta ini menjadi kereta terpantas yang dibolehkan untuk dipandu di atas jalan raya, perghhh..

    Ferrari 246 Dino
    Dihasilkan pada tahun 1968, kereta ini menjadi kereta yang sangat interaktif di era-nya. Keadaan ini menjadi nilai tambah bagi Ferrari dengan mempromosikan kereta tersebut. Bentuknya kelihatan tidak meyakinkan. Akan tetapi, disebaliknya terdapat enjin yang dikatakan cukup kuat ketika berada di litar lumba. Terdapat 2 pilihan enjinnya iaitu dengan kapasiti 2.400 cc 6 silinder dan juga 3.000 cc dengan 8 silinder.

    Ferrari 275 GTB/4 
    Pertama kali diperkenalkan pada Paris Motor Show di 1966 dan seterusnya dihasilkan sehingga tahun 1968. Kereta tersebut menjadi kereta Ferrari yang dikatakan sebagai supercar terlembut kerana hanya memiliki tingkat getaran yang cukup rendah berbanding model Ferrari yang lainnya. Di sebalik bonetnya pula, terdapat terdapat enjin yang berkapasiti 3.300 cc 4 -cam V12.

    Ferrari 360 Challenge Stradale
    Perjalanan kereta Ferrari semakin lengkap dengan penghasilan sebuah lagi keretanya. Dibuat sekitar tahun 1999-2005, Ferrari 360 menjadi kereta Ferrari dengan terbaik. Namun pihak Ferrari meminta supaya kereta itu tidak digunakan untuk berlumba di atas jalan. Hal ini adalah kerana teknologi yang digunakan iaitu pada 3.600 cc V8 yang dapat membahayakan penggunanya.

    Ferrari 166MM Inter
    Bentuknya sangat futuristik. Namun kereta ini dikategorikan sebagai mobil sport. Terdapat mesin berkapasiti 2.000 cc berkonfigurasi V12 disebalik bonetnya. Hanya ada 39 unit di dunia iaitu dihasilkan sekitar tahun  1948–1953. Kereta ini juga menjadi kereta dengan bentuk yang terbaik. Sempoi kan??

    Ferrari F355
    Dihasikan pada 1994-1999, F355 menjadi penerus kepada model F369. Mempunyai enjin yang berkapasiti 3.500 cc V8 DOHC yang digabungkan dengan 6 gear serta berteknologikan gearbox Formula 1 sehingga menjadikan kereta tersebut sebagai kereta terbaik saat itu. Ada 3 jenis yang ditawarkan iaiatu F355 Spider, F355 GTS dan juga F355 Challenge.

    P/s: Gua nak beli Ferraro Roacher pun takde duet, apetah lagi Ferrari...huk3...=D

    2 comments on "10 Model Ferrari yang Terbaik!!"

    Anonymous said...

    lagi lama ferrari tu..lg mahal harganya...lg2 yg part klasik tu...

    gua jambu on 15 January 2012 at 16:16 said...

    Subscribe