Klik Kalau Anda Comel...

Sunday, 25 March 2012

0

Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak

  • Sunday, 25 March 2012
  • gua jambu
  • Share

  • Penyanyi dan aktres Hilary Duff yang telah melahirkan putera sulungnya pada 20 Mac lalu masih tidak percaya bahawa dirinya sudah mempunyai anak.
    Menerusi pesanan di laman sosial Twitter miliknya, Duff berkata, "Wow! Saya tidak menyangka saya sudah mempunyai seorang bayi!
    "Terima kasih atas segala pesanan dan ucapan anda. Saya sayangkan anda semua," ujarnya.
    Duff dan suaminya, Mike Comrie menyambut kelahiran anak lelaki mereka yang diberi nama Luca Cruz Comrie dengan berat 3.58 kilogram.

    "Kami gembira dan berasa seperti ibu bapa yang sangat bertuah di dunia ini. Saya dan bayi berada dalam keadaan yang sangat baik," ujar aktres "Lizzie McGuire" ini.
    Duff, 24, mengumumkan berita kehamilannya pada Ogos tahun lalu bahawa dia dan Comrie bakal menimang cahaya mata dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama.
    Pasangan suami isteri bahagia ini telah berkahwin pada 10 Ogos 2010.

    0 Responses to “Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak”

    Post a Comment

    Sunday, 25 March 2012

    Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak

    Posted by gua jambu at 17:27

    Penyanyi dan aktres Hilary Duff yang telah melahirkan putera sulungnya pada 20 Mac lalu masih tidak percaya bahawa dirinya sudah mempunyai anak.
    Menerusi pesanan di laman sosial Twitter miliknya, Duff berkata, "Wow! Saya tidak menyangka saya sudah mempunyai seorang bayi!
    "Terima kasih atas segala pesanan dan ucapan anda. Saya sayangkan anda semua," ujarnya.
    Duff dan suaminya, Mike Comrie menyambut kelahiran anak lelaki mereka yang diberi nama Luca Cruz Comrie dengan berat 3.58 kilogram.

    "Kami gembira dan berasa seperti ibu bapa yang sangat bertuah di dunia ini. Saya dan bayi berada dalam keadaan yang sangat baik," ujar aktres "Lizzie McGuire" ini.
    Duff, 24, mengumumkan berita kehamilannya pada Ogos tahun lalu bahawa dia dan Comrie bakal menimang cahaya mata dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama.
    Pasangan suami isteri bahagia ini telah berkahwin pada 10 Ogos 2010.

    0 comments on "Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak"

    Post a Comment

    Subscribe