Klik Kalau Anda Comel...
Thursday, 23 February 2012
0
Tempat Terdingin Di Dunia..
Brrr..brrrr...Cejukkk bebbb...huhuhu...terketar-ketar jugak laa jari gua nih, tatkala nak menulis entry pos nie, semata-mata untuk bagi korang baca...hehe...Haa, yang mane nak baca post nie, gi laa pakai baju sejuk siap-siap yerrr...Pakai yang tebal-tebal taw...hik3...Jommmmm...
Yakutsk, Russia
Suhu terendah di ibu negara wilayah Yakutia ini, mencapai sehingga min 50 darjah Celcius, dan biasanya berlaku pada bulan Januari. Walaupun terlalu sejuk, akan tetapi bandar ini ternyata dihuni oleh banyak orang. Sekurang-kurangnya sehingga 200,000 orang yang tinggal di bandar ini. Disebabkan kedinginannya, masyarakatnya sering membiarkan kereta mereka hidup ketika mereka berhenti di sesuatu tempat. Hal ini adalah kerana mereka bimbang minyak petrol di dalamnya akan membeku. Selain itu, di bandar ini juga ada peringatan untuk tidak memakai kacamata hitam kerana dikatakan kacamata tersebut akan melekat di muka dan merobek kulit kita kerana terlalu sejuk.
North Ice Station, Greenland
Greenland memang terkenal sebagai wilayah paling dingin di sebelah bumi di bahagian Barat. Tetapi, suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah daerah pusat penelitian milik negara Inggris, dengan suhu minus 66 derajat Celcius.
Verkhoyansk, Rusia
Menambil masa kira-kira lapan hari apabila memandu dengan kereta dari Yakutsk, barulah kita akan bertemu pula dengan Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Terdapat 1,300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar bekerja sebagai pemburu atau menggunakan kereta salji untuk memandu. Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tapi terlalu sejuk untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan "Stalin 's Death Ring" ini hanya boleh dikunjungi pada musim sejuk, ketika tasiknya membeku. Suhu terendah di bandar ini adalah minus 69 darjah Celcius.
Oymyakon, Rusia
Masih pada peringkat yang sama dengan Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu minus 71 darjah Celcius ketika musim sejuk. Sedihnya, musim sejuk di sini adalah pada tempoh yang sangat lama, iaitu lebih kurang selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, "Oymyakon" bererti "air yang tidak beku"
Vostok Station, Antartika
Inilah dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah minus 89 darjah Celcius, Vostok, yang di dalam bahasa Rusia bererti "timur", hanya digunakan sebagai pusat penyelidikan milik Rusia. Mungkin kerana terlalu sejuk, tidak ada orang yang mahu membuat dan membinarumah di sini kan, huhu..P/s: Tempat yang paling sejuk dalam rumah gua adalah di dalam peti ais...hik3...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Responses to “Tempat Terdingin Di Dunia..”
Post a Comment