Klik Kalau Anda Comel...
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 27 December 2012
0
Thursday, 27 December 2012
gua jambu
Read more...
Kesihatan: Kelebihan Pokok Serai..
KELEBIHAN POKOK SERAI
Dalam dunia ni, pelbagai jenis pokok yang diciptakan serta mempunyai fungsi dan kelebihannya sendiri. Antaranya adalah seperti pokok petai sebagai ulam, pokok buluh untuk membuat lemang, pokok balak untuk perabot dan sebagainya lagi. So, kali ni Gua Jambu nak berkongsi info pasal pokok serai dengan semua. Jom terjahhh...
Haa..Ini laa namanya pokok serai...Bukan pokok jambu ok..keh3..:D
1. Sesak Nafas
Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.
2. Memutihkan Gigi
Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.
3. Melegakan Pening dan Lesu
Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.
Selain itu, untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Malah sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara tersebut. Air perahan serai pula berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian.
Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.
Serai peha ayam pun ada? bukan setakat kepala ayam jerk...kui3..
Haa, amacam, banyak tak khasiat daripada pokok serai nih? Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada pada pokok serai ni dan jugak pokok-pokok lain yang diciptakan Allah di atas muka bumi ni. So, rajin-rajinkanlah bercampur gaul dengan orang-orang tua serta membuat kajian di dalam buku ya..Tata...hik3..:P
P/S: Lepas ni nak buat masak lemak pokok serai lah..auwww..
Tuesday, 2 October 2012
0
Tuesday, 2 October 2012
gua jambu
1. Pastikan wajah anda selalu bersih. Gunakan pembersih wajah bebas minyak wangian (oil-fragrance free) dan pilih yang berlabel pH balance.
2. Jika memiliki kulit wajah berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi benzoil peroxide atau salicylic acid.
3. Jangan gunakan penyegar wajah kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi sangat kering dan membuatkan jerawat kelihatan lebih jelas.
4. Selepas wajah benar-benar bersih, sapukan krim anti jerawat ke seluruh wajah.
5. Gunakan krim malam yang boleh menghilangkan parut-parut jerawat.
6. Setiap pagi jangan lupa gunakan krim pelindung cahaya matahari bebas minyak ke seluruh wajah untuk mengelakkan kulit terdedah kepada sinaran UV.
7. Buang tabiat suka memicit jerawat sesuka hati kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk. Sebaiknya dapatkan khidmat salon kecantikan.
8. Satu petua tradisional, anda boleh sapukan limau nipis atau tomato pada kulit wajah sebelum masuk tidur. Ia boleh mengecutkan jerawat.
P/s: Selamat Mencuba...^_^...(Banyakkan ambik wudhuk- Cadangan Gua Jambu)..hihi..
Read more...
Kesihatan: Cara Bebaskan Diri Dari Jerawat..
Korang ada jerawat tak? Masalah jerawat semestinya memeningkan fikiran korang? Jom cuba ikuti cara di bawah untuk mengatasi masalah kulit ini.

Si perempuan..

Si lelaki pulak..hik,hik...

Asyik nak picittt jer..aduhhh..

Sesape nak air limau??hehe..

Tuesday, 7 August 2012
0
Tuesday, 7 August 2012
gua jambu
Read more...
Kesihatan: Info Diet Yang Perlu Kita Ketahui..Menarik!
This time, Gua Jambu nak share info dengan korang..Iaitu info diet yang seimbang..Sebab ramai orang terutamanya wanita mahu mengekalkan tubuh badan diorang agar langsing dan slim kan, tapi masalahnya adalah ada yang mengamalkan diet yang tak seimbang, contohnya tak nak makan nasi, lepas tu makan pil kurus dan sebagainya lagi. So, jom luangkan masa sedikit untuk baca info nih..:)
1) Buahan kering baik untuk diet
Buah-buahan kering selain daripada enak dimakan begitu sahaja, ia juga sangat lazat apabila dicampur ke dalam kek, ais krim dan bijirin sarapan pagi. Malah, buah kering mengandungi 4-5 kali ganda lebih banyak dibandingkan buah segar dalam berat yang sama. Ini bermakna ia merupakan makanan penghasil tenaga yang baik.
Antara buah kering yang korang boleh ambik contohnya macam kurma, kismis, apricot, kiwi...Cedappp..
2) Kepentingan serat
Pengambilan serat dalam diet harian amat penting. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum. Ini kerana serat berfungsi untuk mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan.
3) Epal kurangkan kandungan kolesterol
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang gemar makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak dalam badan.
Sape punye keje laa ni oiiii...har, har..
4) Kacang brazil sumber selenuim terbaik
Sebahagian besar kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ia juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Selain itu, kekacang juga merupakan sumber selenium, antioksidan kuat yang membantu mengurangi tanda-tanda penuaan. Kacang brazil merupakan sumber selenium terbaik berbanding kekacang lain. Mengambil satu kacang Brazil dalam masa sehari sudah mencukupi untuk keperluan selenium bagi kesihatan seorang wanita. Namun begitu, jangan mengambil lebih daripada empat biji sehari, ia boleh menyebabkan keracunan.
5) Timun boleh tingkatkan stamina
Buah ini mengandung zat-zat saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, fosfor, besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mengandungi banyak vitamin E untuk melewatkan penuaan dan menghilangkan kedutan. Timun mentah bersifat menurunkan panas dalam, meningkatkan stamina, dan lain-lain. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk proses pencernaan, menurunkan kolesterol, dan meneutralkan racun.
Yang ni namanya Jus Timun..Korang pernah try??Euwww..:P
6) Kalsium turunkan berat badan
Kalau selama ini anda menyangka kalsium hanya diperlukan oleh tubuh untuk membentuk dan menguatkan tulang, maka sekarang anda perlu tahu bahawa kalsium memiliki manfaat lain. Kajian terbaru mendapati, wanita yang mengambil kalsium dalam jumlah yang banyak cenderung tidak memiliki masalah berat badan. Sebaliknya, wanita yang mengambil sedikit kalsium cenderung menghadapi masalah peningkatan berat badan.
7) Makanan berempah bakar kalori
Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Britain, mereka yang mengambil makanan berempah boleh membakar kalori sehingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Sebabnya, rasa pedas yang terkandung dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ia mencetuskan kepanasan semasa proses pencernaan, jadi anda boleh membakar kalori dengan lebih pantas.
8) Air turunkan berat badan
Antara fungsi air di dalam tubuh badannya ialah menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan sisa-sisa toksid. Selain itu, air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minum dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum cukup yang air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.
9) Ambil sarapan dengan menu yang tepat
Sarapan amat penting untuk merangsang metabolisme tubuh badan. Bagaimanapun, sarapan yang diambil mestilah berkualiti dan tepat. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur.
Menu sarapan yang tepat untuk sumber tenaga adalah buah-buahan segar, sama ada dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan jus. Menu ini selain tidak memerlukan proses pencernaan yang panjang (hanya 20 – 30 minit sahaja) ia juga mengandungi gula yang mudah diserap oleh tubuh badan. Ini bermakna, tubuh badan akan mempunyai tenaga yang cukup sehingga waktu makan tengahari. Pastikan juga makanan untuk sarapan berkadar rendah lemak.
10) Pisang tidak menggemukkan
Jangan takut makan pisang kerana ia memang tidak menggemukkan. Sebiji buah pisang yang bersaiz sederhana hanya mengandungi 0.2 gram lemak dan jumlah ini suda pasti tidak akan membuatkan anda gemuk. Tetapi mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu.
Selain itu, diet tersebut juga boleh membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.
Ada sesape mintak pisang tadi???
11) Sebiji telur sehari tidak mengapa
Ramai yang mengatakan pengambilan telur pada setiap hari boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesteol dalam darah. Sebenarnya, kajian menunjukkan pengambilan telur pada setiap hari tidak memudaratkan kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati orang dewasa yang makan telur lebih daripada sebiji sehari tidak terdedah kepada risiko kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mengambil telur kuning sebiji seminggu.
An ugly egg...hihi..ciannnn...
P/s: Amakan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang ok?!
Tuesday, 31 July 2012
0
Tuesday, 31 July 2012
gua jambu
Kesihatan: Cara-Cara Nak Kempiskan Perut Yang Boroi..
Salam Ramadhan al-Mubarak..
Hihi..Post kali ni gua nak share info pasai keboroian atau kebuncitan keperutan setiap insan..Moh lerr bacer..:D
Salah satu mimpi ngeri baru manusia sama ada lelaki atau perempuan adalah perut yang boroi atau buncit atau menonjol ke depan, huhu..Sememangnya, perut boroi dan gendut akan mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-
i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.
ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.
iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.
iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.
v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.
vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kedua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Monyet pun minum air banyak-banyak beb..hehe..

Ini bukan simbol "No Teh Tarik, tapi ini "No Alcohol"....Ok!!

Macam badan gua siutttt...:P

Ayoookk, berkebun dengan Upin Ipin..hehe..

Ini senaman yang khas untuk baby jer...Kalau untuk dewasa, lain sikit okeh..huhu..

Nyumm...Nyummm..
P/s: Haa, apa lagi..Bagi yang perut dah macam 14 bulan mengambang tu, faham-faham jelaa ek...Bagi yang kurus pulak, senaman laa sama, untuk dapatkan kesihatan yang berpanjangan..huhu..
Wednesday, 23 May 2012
0
Wednesday, 23 May 2012
gua jambu
Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah
Read more...
Petua Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Darah

Jom, pinjamkan 5 minit daripada 24 jam masa korang untuk ambik ilmu sikit....Jommm...:)
Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.
Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.
Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.
Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.
Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.
Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.
Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.
Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.
Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.
Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.
Pilihan 15: Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.
Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.
P/s: Bersama amalkan gaya hidup sihat...huhu...:)
Friday, 16 March 2012
0
Friday, 16 March 2012
gua jambu
Petua Bawang Putih
Ubati Sakit Lelah dan Semput
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk. Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.
Ubat Sakit Angin
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Melancarkan Peredaran Darah
Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
Menghilangkan Batuk
Bawang putih dibakar dengan kulitnya. Setelah dibakar, kupas dan basuh bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Insyaallah, batuk hilang.
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan
1. Tekanan darah tinggi
Bawang putih berpotensi untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Bahan aktifnya, Allicin berupaya untuk meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan ini juga akan mencegah kerosakan saluran darah yang lain. Allicin juga boleh menurunkan penggumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko trombosis (pembekuan darah dalam salur darah) yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
2. Masalah pernafasan
Bawang putih dikenali sebagai ramuan tradisional yang selamat dan berkesan dalam merawat lelah, bronkitis (radang paru-paru) dan masalah pernafasan yang lain. Kandungan eter dalam bawang putih adalah kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi sehingga boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru. Tambahan pula, bawang putih merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.
3. Kencing manis
Untuk penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat / gula. Bawang putih juga kaya dengan kalium, iaitu sebanyak lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis akan mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma. Selain dari kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
4. Permasalahan wanita
Golongan wanita sering menghadapi keadaan sedih, kemurungan, sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid. Keadaankeadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia akan merangsang pengeluaran haid. Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang putih yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakalbakal ibu.
5. Tahap kolesterol
Bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini disebabkan kandungan sebatian tokimia dalam bawang putih yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasi tubuh.
Secara keseluruhannya, bawang putih merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai pelbagai fungsi terapeutik. Ia bukan sahaja ramuan dalam masakan, tetapi juga bertindak sebagai ubat untuk merawat penyakit.
* Sumber: Rex Adam. 1997. Makanan Penawar Yang Menakjubkan. Terj.ZarinaMusa. Thinker’s Library Sdn. Bhd. Email Edition – The Herbal Sage. Email Edition – AModern Herbal: Garlic, UKM.
Read more...
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan..

Gua suka tengok cite ni dulu-dulu...hik3...=D
Sunday, 26 February 2012
0
Sunday, 26 February 2012
gua jambu
Cara Mudah Mengukur Kurus, Gemuk, dan Ideal Berat Badan..
Saat ingin menurunkan berat badan, seseorang diharuskan untuk menghitung berapa indeks massa tubuhnya (BMI). So, hasil dari perhitungan BMI ini boleh menentukan apakah seseorang sudah ideal, kurus atau termasuk kelebihan berat badan.
Cara untuk menghitung nilai indeks massa tubuh berdasarkan nilai tinggi dan berat badan yang dimiliki. Perhitungan ini boleh dibuat untuk lelaki dan jugak perempuan.
Seperti dipetik daripada dari BBC, cara menghitungnya dengan menjumlahkan nilai tinggi badan (dalam kiraan meter). Lalu nilai berat badan (dalam kiraan kilogram) dibahagi hasil jumlah dari tinggi badan tersebut.
Misalnya seseorang perempuan berusia 30 tahun memiliki berat badan 60 kg dan tinggi badan 160 cm (1.6 meter). Cara menghitungnya pertama kali menjumlahkan tinggi badan 1.6 X 1.6 hasilnya 2.56. Lalu nilai berat badan dibahagi hasil pendaraban dari tinggi badan iaitu 60 : 2.56 hasilnya 23.43.
Berat = BMI
Tinggi x Tinggi
Bererti nilai BMI dari perempuan tersebut sebesar 23.43 dan masuk ke dalam kelompok ideal/normal.
Kategori BMI adalah:
1. Nilai indeks massa tubuh kurang dari 19 tergolong ke dalam kelompok kurus.
2. Nilai 19-24.9 masuk ke dalam kelompok ideal.
3. Nilai antara 25-29.9 masuk kelompok kelebihan berat badan (gemuk).
4. Jika mencapai nilai 30 atau lebih maka orang tersebut masuk ke dalam kelompok obesiti.
Risiko kesihatan akan bertambah besar jika seseorang memiliki nilai indeks massa tubuh 25 atau lebih. Hal ini adalah kerana akan semakin besar kemungkinan orang tersebut terkena penyakit jika tidak diimbangi dengan pola hidup sihat dan berolahraga.
Risiko kesihatan yang kemungkinan dimiliki oleh orang dengan nilai indeks massa tubuh di atas 25 adalah tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung, stroke, diabetes, arthritis, sakit pinggang atau juga yang berkaitan dengan psikologinya.
Bagi yang memiliki indeks massa tubuh besar tidak ada salahnya untuk mulai melakukan diet yang sihat dengan mengurangi kandungan kalori, perbanyakkan aktiviti fizikal, menerapkan pola hidup yang sihat atau dengan berkunjung ke klinik doktor.
BMI merupakan salah satu alat untuk mengetahui apakah seseorang perlu melakukan diet atau tidak, tapi BMI ini hanya untuk melihat kelebihan berat badan akibat lemak. Jadi untuk orang yang berotot, atlet, ibu yang hamil, pembacaan BMI mungkin akan kurang tepat.
P/s: Kurus ke, gemuk ke..Asalkan mengamalkan gaya hidup yang sihat..InsyaAllah...=)

Subscribe to:
Comments (Atom)