Klik Kalau Anda Comel...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, 28 May 2012
0
Monday, 28 May 2012
gua jambu
Read more...
Gambar Poster daripada Filem "The Dark Knight Rises" yang Bakal Ditayangkan..
Sempena pelancaran filem Batman nanti, gua nak share dengan korang gambar poster "The Dark Knight Rises" yang bakal menemui anda semua pada Julai 2012 nanti...mane laa tau korang nak buat desktop background ke ape, hehe..Memang supa-dupa kool laa poster nih...Jom jengukkkk!!
Sinopsis:
"The Dark Knight Rises" adalah bab yang ketiga dan terakhir dalam trilogi epik Batman Christoper Nolan. Filem ini dibintangi oleh Christian Bale, Tom Hardy, Anne Hathaway dan Michael Caine, dan ditetapkan untuk dibuka di pawagam pada 19 Julai 2012.
Si Bekmen yang bajet hensem, wekkkkk...:D
Nih awek si Bekmen tuh kot...keh3..
Nih maybe orang jahat...Sebab hero dah ade..Mesti laa yang ni jahat...Takkan laa hero nak kene ade dua pulak kot..huhuhu..
Coming-soon Di Pawagam Berdekatan Airrrr...eh, berdekatan andaaa...hak3..
Ape laaa, tak pakai tudung...ish3...
Budak botakkk..budak botakkk..keh3..
Meletopp kau Mek Jahhhh...Fiushhhh...
P/s: Amacam? Amacam? Mesti korang tak sabar nak tunggu citer nih masuk Malaysia kan??Gua pun same, yeahh!!
Tuesday, 22 May 2012
0
Tuesday, 22 May 2012
gua jambu
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you…loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
P/s: Semoga terhibur ok..saje je nak share lagu nie...layan time malam, ley tertido beb....huhu...
Read more...
For The Rest Of My Life - Maher Zain

Monday, 26 March 2012
0
Monday, 26 March 2012
gua jambu
Read more...
Mr. Bean Bakal Berlakon Dalam Industri Filem Indonesia??
Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.
Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.
"Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.
Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".
"Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.
Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Sunday, 25 March 2012
0
Sunday, 25 March 2012
gua jambu
Read more...
Hilary Duff Tidak Percaya Sudah Memiliki Anak
Penyanyi dan aktres Hilary Duff yang telah melahirkan putera sulungnya pada 20 Mac lalu masih tidak percaya bahawa dirinya sudah mempunyai anak.
Menerusi pesanan di laman sosial Twitter miliknya, Duff berkata, "Wow! Saya tidak menyangka saya sudah mempunyai seorang bayi!
"Terima kasih atas segala pesanan dan ucapan anda. Saya sayangkan anda semua," ujarnya.
Duff dan suaminya, Mike Comrie menyambut kelahiran anak lelaki mereka yang diberi nama Luca Cruz Comrie dengan berat 3.58 kilogram.
"Kami gembira dan berasa seperti ibu bapa yang sangat bertuah di dunia ini. Saya dan bayi berada dalam keadaan yang sangat baik," ujar aktres "Lizzie McGuire" ini.
Duff, 24, mengumumkan berita kehamilannya pada Ogos tahun lalu bahawa dia dan Comrie bakal menimang cahaya mata dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama.
Pasangan suami isteri bahagia ini telah berkahwin pada 10 Ogos 2010.
Saturday, 24 March 2012
0
Saturday, 24 March 2012
gua jambu
Read more...
Shaheizy Sam Jadi Penyanyi??
Bakat yang dimiliki oleh pemilik nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad bukan sahaja tertumpu dalam bidang lakonan sahaja, malah dia juga boleh menyanyi.
Ini terbukti selepas filem terbaru Sam berjudul "Aku Ada Kau Ada" memerlukan dirinya menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program "Muzik-Muzik".
"Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini.
Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat," ujar Sam ketika ditemui di majlis kesyukuran "Adnan Sempit 2" di Subang Jaya baru-baru ini.
Tidak mahu dianggap 'main rembat' semua tawaran filem, aktor berusia 29 tahun ini memberitahu dia amat teliti dalam memilih filem sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.
"Sebenarnya saya akan meneliti skrip filem terdahulu sebelum bersetuju. Jika skrip bagus, tiada sebab untuk saya menolaknya. Skrip bagus itulah yang mampu memberikan pelakon gambaran bagi babak yang diinginkan.
"Disebabkan kelebihan yang ada pada "Adnan Sempit 2" dan juga sokongan daripada para peminat, filem ini telah berjaya dengan kutipan yang cukup memberangsangkan," jelas Sam yasng cukup bersyukur dengan kejayaan filem terbitan Metrowealth ini.
Thursday, 22 March 2012
0
Thursday, 22 March 2012
gua jambu
Mesti ramai yang ingat dengan watak Vincent Crabbe dalam filem siri "Harry Potter" yang membawa watak seorang yang lurus bendul dan sering dibuli. Namun realitinya, perwatakan dia jauh berbeza apabila Vincent Crabbe atau nama sebenarnya Jamie Waylett telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah kerana menyertai rusuhan di London pada tahun lepas.
Menurut laporan yang dipetik dari TMZ, pihak berkuasa memberitahu bahawa Waylett dipercayai sedang membuat bom Molotov ketika rusuhan berlaku di London pada 8 Ogos tahun lepas. Dia turut dikatakan tidak berseorangan apabila gambar menunjukkan dia datang bersama empat rakan yang lain.
Identiti Waylett kemudiannya dikenal pasti selepas satu rakaman video kejadian diteliti oleh pihak berkuasa dan polis menahannya pada 20 September.
Dia disahkan menerima dua tahun hukuman penjara kerana keganasan yang dilakukan ketika rusuhan dan juga dua belas bulan kerana mencuri. Hukuman itu dijalankan serentak.
Read more...
Pelakon Filem Harry Potter Dipenjara Dua Tahun..

Sunday, 18 March 2012
0
Sunday, 18 March 2012
gua jambu
Read more...
Lady Gaga Teringin Ramai Anak??
Penyanyi yang seringkali tampil dengan gaya essentrik, Lady Gaga mengakui dia ingin berkahwin dan mempunyai ramai anak dalam satu temubual bersama pengacara televisyen tersohor, Oprah Winfrey.
Menerusi temubual khas untuk rancangan "Oprah's Next Chapter" ini, Gaga memberitahu Winfrey bahawa dia ingin merasai pengalaman ketika hamil.
"Ya, saya inginkan anak. Saya inginkan 'satu pasukan bola sepak' dan juga seorang suami.
"Mungkin saya memperbesarkan tentang satu pasukan bola sepak. Saya tidak mahu seorang anak. Saya ingin mempunyai beberapa orang," kata Gaga dengan tersenyum.
Walaubagaimanapun Gaga memberitahu ia tidak akan berlaku buat masa sekarang.
"Saya ingin merasai ini," sambil tangannya menunjukkan perut yang hamil.
"Namun bukan dalam masa sekarang."
Penggambaran temubual khas yang turut menampilkan ibu Gaga telah dilakukan di kota New York dan sebahagiannya di Universiti Harvard ketika penyanyi berusia 25 tahun dan Winfrey melancarkan Tabung Born This Way.
Gaga yang kini dalam perancangan untuk mengadakan siri jelajah "Born This Way" sedang bercinta dengan model dan aktor "The Vampire Diaries", Taylor Kinney. Pasangan ini bertemu ketika Kinney berlakon dalam muzik video lagu Gaga, "You And I".
Thursday, 15 March 2012
0
Thursday, 15 March 2012
gua jambu
Read more...
Zarina Angolie Ingin Segera Kahwin!
Artis yang sering dicop 'cakap lepas' dan tidak lekang dengan cerita panas, Zarina Anjoulie Lavocah ingin segera mendirikan rumah tangga bagi mengelak dirinya terus dikaitkan dengan kontroversi yang selama ini mengaibkan diri serta keluarganya.
Dipetik daripada myMetro, Zarina berharap selepas melangsungkan perkahwinannya nanti, hidupnya akan lebih aman dan sekaligus menamatkan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya selama ini.
"Saya ingin cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Saya harap dengan keputusan ini, saya tidak akan lagi dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan saya.
"Jika selepas bergelar isteri masih ada yang ingin bercerita buruk tentang saya terutamanya berkaitan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi," kata Zarina.
Aktres seksi berusia 25 tahun ini turut mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan suami orang dan akan bermadu tetapi enggan mendedahkan identitinya bagi mengelak daripada menjadi bahan fitnah mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
"Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahu pun keempat. Asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama.
"Dibandingkan dengan orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luar batasan, lebih besar dosanya. Keputusan yang diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan doakan yang baik-baik sahaja buat kami berdua," ujarnya lagi.
Zarina turut memberitahu bakal suaminya itu telah memberi kebenaran untuk dirinya terus bergiat dalam bidang seni dan peragaan selepas berkahwin nanti.
Wednesday, 14 March 2012
0
Wednesday, 14 March 2012
gua jambu
Read more...
Gambar Di Sebalik Tabir "The Amazing Spider-Man"
"The Amazing Spider-Man" adalah kisah Peter Parker (Andrew Garfield),yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya sebagai seorang lelaki, yang akan dipelihara oleh Ben Uncle (Martin Sheen) dan Aunt Mei (Sallybidang). Seperti kebanyakan remaja lain, Peter sedang cuba untuk memikirkan bagaimana dia dapat menjadi orang sebagaimana pada hari ini(dari mana dia datang). Peter juga mencari jalan bersama dengan rakan wanita sekolah tinggi pertamanya iaitu, Gwen Stacy (Emma Batu), dan bersama-sama, mereka berjuang dengan kasih sayang, komitmen, dan rahsia. Seterusnya, Peter menemui beg bimbit misteri yang dimiliki oleh bapanya, dan dia memulakan usaha untuk memahami kehilangan ibu bapanya, yang kemudiannya terus membawa beliau kepada Oscorp dan makmal Dr Curt Connors (RhysIfans), iaitu bekas rakan kongsi bapanya.
P/s: Gua rase, ni macam filem baru jer..huhu..
Monday, 12 March 2012
0
Monday, 12 March 2012
gua jambu
Read more...
Harith Iskander Bergelar Bapa..
12 Mac – Pelawak terkenal, Harith Iskander, kini sudah bergelar bapa apabila isteri tercinta, Jezamine Lim Iskander selamat melahirkan putera sulung mereka pada 8 Mac lalu.
Berita gembira tersebut diumumkan oleh Harith melalui laman sosial Twitter miliknya.
Pelawak berusia 43 tahun ini dan isterinya yang merupakan seorang doktor perubatan telah memberi nama anak mereka yang seberat 3.89 kilogram itu sebagai Zander Xayne Iskander.
Zander Xayne Iskander..
Sebelum ini Harith pernah memohon maaf kepada para peminat ekoran menyiarkan gambar perut isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung lapan bulan dan menjelaskan tindakannya itu adalah disebabkan perasaan teruja menanti hari bergelar bapa.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2010.
P/s: GUA JAMBU ucapkan tahniah kepada pasangan ibu dan ayah nie..huhu..
Sunday, 11 March 2012
0
Sunday, 11 March 2012
gua jambu
Read more...
Irma Hasmie Bertunang?
Selepas gagal dalam hubungan cinta bersama pengacara radio dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak, aktres Irma Hasmie dikatakan sudah bertemu pengganti baru.
Malah Irma didakwa bakal bertunang pada 27 Mac dalam satu majlis di kediaman keluarganya di Sungai Buloh, Selangor.
Bakal tunang Irma dikatakan berjaya memikat hatinya ketika bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dulu.
Walaubagaimanapun aktres berusia 30 tahun ini masih belum mengesahkan berita tersebut.
Selepas tampil dengan imej bertudung, Irma pernah memberitahu ciri-ciri lelaki pilihannya untuk dijadikan teman hidup.
"Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agama, keturunan, harta dan rupanya. Namun saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."
P/s: Alhamdulillah...Benda baik elok dicepatkan..huhu..
Tuesday, 6 March 2012
0
Tuesday, 6 March 2012
gua jambu
Gambar Percutian Datuk Siti Nurhaliza.
HADIAH ulang tahun ke-33 penyanyi tanahair Datuk Siti Nurhaliza penuh bermakna buat dirinya. Menerima dua hadiah istimewa daripada suami tersayang Datuk Khalid Muhammad Jiwa antaranya percutian di luar negara menjadi kenangan terindah buat penyanyi nombor satu negara ini.
Mereka menikmati percutian selama 10 hari bermula 3 Januari itu, menyaksikan pasangan itu menjejaki bumi Maghribi, Marakesh dan Dubai.
Dalam kesibukan menikmati percutian itu, Datuk Siti masih sempat merakamkan gambar-gambar percutian beliau untuk tatapan peminatnya.

Siti akui yang beliau terpesona dengan senibina empayar Ottoman sewaktu di Marakesh.
Walaupun cuaca sejuk, Siti sempat berposing untuk peminat-peminatnya.
Seronok menikmati cuaca sejuk sepanjang percutian di Marakesh.
Siti dan Khalid menikmati “river cruise” sewaktu percutian mereka.
Siti dan Khalid bergambar bersama-sama sahabat mereka di Dubai.
Kek harijadi buat penyanyi kesayangan tanahair dari suami tercinta.
Menikmati keindahan malam dengan menaiki kereta bersama Khalid.
P/s: Gua pun nak melancong jugakkkk...=D
Subscribe to:
Posts (Atom)