Klik Kalau Anda Comel...

Tuesday, 8 May 2012

0

Apa Yang Perempuan Suka??

  • Tuesday, 8 May 2012
  • gua jambu

  • Kali ni, gua share info pasal apa yang perempuan suka...Tapi, tak semestinya betol wokeh??Just, untuk santai-santai...hik3...:D

    1.  Perempuan suka dibelai 
    Perempuan ni memang suka dibelai. Ni gua yakin! Tak caya buatlah. Alaaa tak susah mana sebenarnya nak belai. Contohnya, masa tengok tv tu cuba-cuba urut kaki ker atau belai-belai rambut dia ker. Haa tu la belai namanya. Tapi khas untuk suami isteri yang sah berkahwin sahaja ok!!
    .

    2.  Perempuan suka dipuji
    Lagi banyak korang puji, lagi kembang lah hidung dia…haa puji la lebih-lebih yer…muahahaha

    Hidung gua...muahahaha...

    3.  Perempuan suka makan
    Terutamanya yang sweet-sweet contohnya aiskrim, cokelat dan lain-lain. Betul ker? Entah gua pun tak pasti. Tapi memang, setiap kali orang lelaki bagi hadiah cokelat ker kat awek2 dulu, memang diorang suka giler.

    4.  Perempuan suka handbag dan kasut 
    Kalau dah tak ada idea hadiah apa nak bagi. Korang beli jer handbag ker atau kasut. Pasti orang perempuan tak pernah menolak punya.

    Macam handbeg awek gua...Penat gua cari nie...hik3...

    5.  Perempuan suka SHOPPING 
    Ni confirm TEPAT! Betul tak orang perempuan? So, gua tak perlu hurai lah point ni yer.

    6.  Perempuan suka yang cantik-cantik dan comey-comey 
    Pantang nampak benda cantik…sure diorang akan kata ; “eeiiiyyyy comeynye…geramnye….” . Contohnya baby, kucing dan sebagainya. Terutamanya yang muda remaja dan dewasa la. Kalau golongan makcik dan ke atas tu, mungkin point ni tak tepat sangat kot.

    Tapi, tak semua perempuan suka kucing wokehhh..meaoowwww...

    7.  Perempuan suka ber’GOSSIP’ dan mengumpat 
    Haaa yang ni ‘tak berani’ nak ulas panjang-panjang. Tapi kalau tengok keliling-kelalang korang,  rasa ramai yang bersetuju dengan point yang ni. Jangan marah ok orang perempuan. Cubalah terima kenyataan! hahahahaha
    .

    8.  Perempuan suka warna pink 
    Kita lihat dan dah jumpa ramai perempuan yang suka warna ni. Habis semua dia nak pink. Baju, seluar, beg, kasut…semua nak pink. Mengapa yer? Orang perempuan boleh bagi reason dak?huhu....

    Rabun terus mata gua, silauuuu...~ ~

    9.  Perempuan suka kata ; “lelaki semuenye same jer! EGO!”
    Hehe, lelaki memang mempunyai ego tersendiri (bergantung pada individu). Tapi betul ker ‘lelaki semuanya sama?”. Mungkin sama dari beberapa segi, tak sama secara total.

    10.  Perempuan suka kalau ada orang caring @ ambil berat pasal dia 
    yer lah, jiwa orang perempuan kan lembut. So, memang suka sangat lah kalau orang ambil berat pasal dia. Tapi tengok jugaklah aku rasa. Kalau orang yang ambil berat tu ialah orang yang dia tak suka, dia menyampah jugak kot. Entahlah. Tapi secara fitrahnya, orang perempuan ni memang suka diambil berat tentangnya. Setuju, orang perempuan??

    .
    11.  Perempuan suka hiburan 
    Hampir semua perempuan yang gua kenal, diorang suka sangat dengar radio. Radio pulak, bukan IKIM.FM yer…pastinya ERA, HOT FM, MUZIK FM dan sebagainya. Rancangan TV pun sama, kalau korang perhatikan, orang perempuan memang suka tengok rancangan hiburan. Jarang sangatlah perempuan yang minat baca buku lebih dari minat tengok TV. Wahai orang perempuan, janganlah kau sia-siakan masa kamu. Kurangkan sikit hiburan tu, dan cuba cubalah bawak-bawak baca Quran dan buku agama yer. hehehe

    12.  Perempuan yang baik memang suka kepada lelaki yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. 
    Ni pun gua tak perlu nak ulas panjang. Tapi buktinya, tengok imam muda. Ramai perempuan suka ker, atau ramai perempuan tak suka? Admin yakin, yang suka lebih ramai kot? So, betul lah perempuan suka kepada lelaki yang dapat bimbing dia. Kan kan kan??

    Huhu...:)

    P/s: Jadilah isteri yang solehah dan taat pada suami...Si suami pula, jadilah pembimbing kepada isteri ke arah kebaikan....=)
    Read more...

    Sunday, 6 May 2012

    0

    Hilangkan Stress Hujung Minggu..

  • Sunday, 6 May 2012
  • gua jambu

  • Macam mana korang hadapi stress di hujung minggu? ini adalah persoalan yang selalu ditanyakan kepada setiap diri manusia, sama ada pelajar, pekerja, guru, pensyarah, pegawai PTD, buruh kasar mahupun cleaner sendiri...huk3...

    Gua tak tahu lah camne korang hilangkan stress korang selepas selesai wat kerja korang kat pejabat, rumah atau sekolah tuh..Tapi, bagi gua yang still seorang student nie, ada cara-cara untuk gua hilangkan stress gua sendiri..Jom same-same kita baca...Cara nak hilangkan stress...Mana laa tau kan, cara gua nie sama je dengan cara korang selesaikan stress korang tuh kan?? lets roollllll ~ ~..

    1- Main game puas-puas..(Boys especially)

    Gua pun tak faham, kenapa la beboyss ni suke sangat main game, tambah-tambah lagi hujung minggu...kalau yang jenis addicted sangat tuh, hari-hari main game, sama ada game laptop or game handset..sampai dalam jamban pun main game...Arghhhhh!!tensyen punye pasal!! Nasib baik gua pandai main game Plant Vs Zombie jerr...Hilang stress gua...Huh!!

    Perempuan pun layan game beb, awek cun pulak tu,haha..

    2- Gi shopping sampai kaki krem...(Gegurlsss)

    Yang ni sumer korang sedia maklum..kalau bab shopping nih, bagi jer kat bebudak gegurlss nie..barang yang ada, still lagi dorang shopping...gua pun tak faham...kui3...Tapi, biase ar tuh, kalau dorang tak shopping, takkan laa nak bagi ayam dengan kucing plak yang gi shopping..(lalalalaaa)...haha...Lagi pun, gegurls pun nak hilangkan tensyen macam budak boboyss gak..kan, gegurlss kannn??sape setuju, angkat tangan!!!

    Aktiviti perempuan time kelapangan...=P

    3- Tido kuat nak mamposs, sampai tak ingat dunia..(same je laki pompuan)

    ZzZzZz...Gua suka tido..itulah cara gua lepaskan stress selepas gua update blog..haha..Tapi, kena ingat, terlalu banyak tido adalah aktiviti yang tidak sihat untuk tubuh badan kita..Ingat tu, ya?..Petanda orang yang hampir kepada kematian juga adalah apabila tido terlalu banyak..remember that ok?So, amalkan gaya hidup yang sihat tanpa dadah..yipppiiee!!

    Sambil tido, sambil dengar siren hon suami...hik3..

    4- Makan, makan, makan, dan terus makan...(bisexs, dua-dua)

    Nih lagi satu solutions kepada yang suka menghilangkan stress..Biasa laa, berbeza orang, berbeza jugak laa cara dorang lepaskan stress...Gua rasa, orang yang suka menghilangkan stress dengan cara makan non-stop ini adalah daripada kalangan anak-anak chef dan anak-anak tauke kedai makan..Maybe sebab stress kena marah dengan parents dorang sebab tak pandai masak, sebab tu lah dorang balas dendam curi-curi melantak bebanyak..Makan free tu beb,sape tak nak!!hui3..

    Hmmm??sharing is caring???:D

    5- Layan movie dengan member-member..(laki, pompuan, gay, lesbian dan segalanya)

    Kekadang, ada jugak yang addict kepada movie..asal keluar movie baru je, download..keluar movie je, donwload..Hadoihhh..Born tu download agaknya bebudak nih..baik korang download nota penyarah korang lagi baguih, macam gua download nota exam...wakakaka...
    (err, sesape ade movie baru download tuh, share-share laa dengan gua same ek, boring nih)...=P

    Movie 3D baru masyukkkk...yeahh!!

    6- Pegi main futsal, bola sepak, and what everrrr...(budak-budak kaki bangku pun join)

    Kalau aktiviti-aktiviti macam nie, gua sokong..Yelaa, selain menghilangkan stress, korang leh jugak beriadah..sambil eratkan hubungan silaturrahim korang dengan member-member masa main futsal or bola sepak tuh..setakat nie, tak penah laa pulak gua nampak orang eratkan silaturrahim kalau main bola sorang-sorang...Konklusinya, kena main banyak orang, paling kurang pun dua orang laa bai..kekekekeketiakkk...:D

    Jage tempat sensitif tu bangg...~ ~

    7- Buat assignment dengan tesis yang berlambak-lambak, sampai jari tangan kebassss...(mat-mat dan minah-minah yang ulat buku, skema)

    Bagi yang ulat buku pulak, yang jenis muka sepesen je skema tuh, ini adalah cara untuk engkorang lepaskan stress korang..Selepas korang settle menyemakkan kepala otak korang dengan slide dan jugak nota-nota kuliah korang..Korang boelh rehatkan minda korang, dengan cara menyambung pulak buat tesis dan assignment...Haaa, korang jangan gelak pulak...Ada beb, ingat takde ke orang camnih...

    Positif + Positif = Power Positif....

    Sebab tu slide kuliah + assignment = Super lecturer..Ni rumus gua jerk, jangan tiru pulak...Ngeh3..=P

    Akibat banyak guna otak, dah jadi macam Isaac Newton..hak3..

    8- Buat solat-solat sunat, baca al-Quran, berzikir, berdoa kepada Ilahi...

    Sebagai umat Islam yang beriman, dan bertaqwa kepada-Nya, cara yang paling terbaik untuk melegakan tekanan perasaan adalah dengan cara kita mendekatkan diri kepada Allah...Saban hari, kita diuji, diuji dan terus diuji bagi melihat sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah..Jangan pula ketika kesempitan sahaja kita kembali kepada Allah, sebaliknya dalam keadaan gembira atau keadaan apa sekalipun, semuanya bergantung kepada Allah..Kita boleh berzikir, selawat, solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan lain-lain lagi..Renung-renungkan, dan selamat beramal...=) 

    Smile....=)

    P/s: Lumrah dalam kehidupan, ada ujian dan cubaan daripada Allah..Seandainya kita bijak di dalam menguruskan rutin harian kita dan senantiasa memohon kepada Allah, maka InsyaAllah semuanya ok...=)
    Read more...

    Friday, 4 May 2012

    4

    Info Menarik Lelaki Memasak...Jom Baca...=)

  • Friday, 4 May 2012
  • gua jambu

  • • 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

    • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

    • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

    • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak… (bagi yang merokok)

    • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap..

    • Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak, cepat sikit minyak panas..

    • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

    • Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

    Antara sebab sebab lelaki memasak:

    • Malas nak pegi kedai

    • Hampir hampir pokai

    • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired

    • Mental theraphy

    • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan

    • Buang tebiat…

    P/s: Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..
    betul x?? hahahhahaha =D
    Read more...

    Saturday, 21 April 2012

    1

    Perbezaan Lelaki dan Perempuan..

  • Saturday, 21 April 2012
  • gua jambu

  • Gua Jambu kali ni nak share info iaitu mengenai perbezaan lelaki dan perempuan..Khas untuk dijadikan motivasi dalam diri kita..huhu..Jom baca...=)

    1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

    2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

    3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

    4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

    5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

    6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

    7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

    8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

    9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

    10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

    11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

    Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

    Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

    Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
    Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

    Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
    Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

    Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

    Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

    P/s: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan...^_^
    Read more...

    Friday, 20 April 2012

    0

    Seksaan Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Solat..

  • Friday, 20 April 2012
  • gua jambu

  • Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

    Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.

    Enam seksa semasa hidup di dunia:

    1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

    2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

    3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

    4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

    5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

    6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

    Tiga seksa tatkala hendak mati:

    1. Dia mati dalam kehinaan.

    2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

    3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

    Tiga seksa ketika di alam kubur:

    1. Disempitkan kuburnya.

    2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

    3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

    Tiga seksa di hari kiamat:

    1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

    2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

    3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?

    " Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

    P/s: Renungkan, untuk tatapan bersama...=)
    Read more...

    Monday, 16 April 2012

    0

    Lawak Sekejap..

  • Monday, 16 April 2012
  • gua jambu

  • Lawak 1:
    Cantik Rambut

    Irma:  Wah, cantik rambut. saloon ke?
    Yana: A'ah, cantik kan? 
    Irma: Cantik sangat. berapa kau buat?
    Yana: Hehe..RM 120 jerrr..
    Irma: Baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik...
    Yana: (terus merah muka, diam)

    Lawak 2:
    Tapak Projek

    ( Indon call site supervisor sebab besi tak smpai lagi)

    Indon          : bila besi mau sampai !!!!

    Site Supervisor : saya dah order, tp tak smpai lagi, saya dah cakap kat projek manager, dengan  kilang besi, tapi tak smpai lagi..aper sy bleh buat??

    Indon          : Janji besi smpai semalam, semalam kata esok, nanti esok kata esok pulak.... bla, bla, blaaa...

    Site Supervisor : lu marah saya aper saya boleh buat, saya dah order, lu kol ini no, dia yg handle besi sampai lmbt or cpt lu maki sama dia, cakap mangkuk, tolol,  *&%$#@#%*, kasi cepat besi sampai la, bodoh &*@#$%, lu kasi maki semua kat dia, nanti besi cepat sampai lol, kol no nie tau... 019xxxxx, kasi marah ini orang.

    Indon          : Wokkey!!

    Call end....

    Site Supervisor : Hahahahaha...mampus la ko, tadi aku kasi no BOS (Ganeral Manager), nak sangat besi cepat besi cepat smpai mkn besi la kejap lg ~ ~ ~..

    P/s: Tak baik ooo kena kan orang..huk3..:D
    Read more...

    Sunday, 15 April 2012

    0

    Info Menarik Lelaki dan Wanita..

  • Sunday, 15 April 2012
  • gua jambu

  • Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita  :

    Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan.
    Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh.
    .
    Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut.
    Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah diorang susah nak reda.
    .
    Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri  apabila tertekan.
    Wanita : Apabila tertekan, biasanya diorang ni lebih senang meluahkan apa yang diorang rasa.
    .
    Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.
    Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.
    .
    Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.
    Wanita : Apabila perasaan tergugat, lekas melenting dan protes secara terang-terangan.
    .
    Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan. See the whole picture laa bak kata omputih.
    Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. ( diorang kan selalunya cerewet).
    .

    Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, mudah berubah bila jumpa yang lebih baik dari terbaik.
    Wanita : Setia pada cinta dan sukar tergugat. (tapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta.
    .
    Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri.
    Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.
    .
    Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros.
    Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat.
    .
    Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan.
    Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab diorang ni berfikir dulu sebelum bertindak.
    .
    Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.
    Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan.
    .
    Lelaki : Senang untuk buat keputusan.
    Wanita : Lebih senang mengikut keputusan.
    .
    Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.
    Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.

    P/s : Semuanya berdasarkan keadaan yang kerap berlaku saja..so tak semuanya tepat.Bergantung pada individu jugak..=)
    Read more...

    Tuesday, 8 May 2012

    Apa Yang Perempuan Suka??

    Posted by gua jambu at 15:18 0 comments

    Kali ni, gua share info pasal apa yang perempuan suka...Tapi, tak semestinya betol wokeh??Just, untuk santai-santai...hik3...:D

    1.  Perempuan suka dibelai 
    Perempuan ni memang suka dibelai. Ni gua yakin! Tak caya buatlah. Alaaa tak susah mana sebenarnya nak belai. Contohnya, masa tengok tv tu cuba-cuba urut kaki ker atau belai-belai rambut dia ker. Haa tu la belai namanya. Tapi khas untuk suami isteri yang sah berkahwin sahaja ok!!
    .

    2.  Perempuan suka dipuji
    Lagi banyak korang puji, lagi kembang lah hidung dia…haa puji la lebih-lebih yer…muahahaha

    Hidung gua...muahahaha...

    3.  Perempuan suka makan
    Terutamanya yang sweet-sweet contohnya aiskrim, cokelat dan lain-lain. Betul ker? Entah gua pun tak pasti. Tapi memang, setiap kali orang lelaki bagi hadiah cokelat ker kat awek2 dulu, memang diorang suka giler.

    4.  Perempuan suka handbag dan kasut 
    Kalau dah tak ada idea hadiah apa nak bagi. Korang beli jer handbag ker atau kasut. Pasti orang perempuan tak pernah menolak punya.

    Macam handbeg awek gua...Penat gua cari nie...hik3...

    5.  Perempuan suka SHOPPING 
    Ni confirm TEPAT! Betul tak orang perempuan? So, gua tak perlu hurai lah point ni yer.

    6.  Perempuan suka yang cantik-cantik dan comey-comey 
    Pantang nampak benda cantik…sure diorang akan kata ; “eeiiiyyyy comeynye…geramnye….” . Contohnya baby, kucing dan sebagainya. Terutamanya yang muda remaja dan dewasa la. Kalau golongan makcik dan ke atas tu, mungkin point ni tak tepat sangat kot.

    Tapi, tak semua perempuan suka kucing wokehhh..meaoowwww...

    7.  Perempuan suka ber’GOSSIP’ dan mengumpat 
    Haaa yang ni ‘tak berani’ nak ulas panjang-panjang. Tapi kalau tengok keliling-kelalang korang,  rasa ramai yang bersetuju dengan point yang ni. Jangan marah ok orang perempuan. Cubalah terima kenyataan! hahahahaha
    .

    8.  Perempuan suka warna pink 
    Kita lihat dan dah jumpa ramai perempuan yang suka warna ni. Habis semua dia nak pink. Baju, seluar, beg, kasut…semua nak pink. Mengapa yer? Orang perempuan boleh bagi reason dak?huhu....

    Rabun terus mata gua, silauuuu...~ ~

    9.  Perempuan suka kata ; “lelaki semuenye same jer! EGO!”
    Hehe, lelaki memang mempunyai ego tersendiri (bergantung pada individu). Tapi betul ker ‘lelaki semuanya sama?”. Mungkin sama dari beberapa segi, tak sama secara total.

    10.  Perempuan suka kalau ada orang caring @ ambil berat pasal dia 
    yer lah, jiwa orang perempuan kan lembut. So, memang suka sangat lah kalau orang ambil berat pasal dia. Tapi tengok jugaklah aku rasa. Kalau orang yang ambil berat tu ialah orang yang dia tak suka, dia menyampah jugak kot. Entahlah. Tapi secara fitrahnya, orang perempuan ni memang suka diambil berat tentangnya. Setuju, orang perempuan??

    .
    11.  Perempuan suka hiburan 
    Hampir semua perempuan yang gua kenal, diorang suka sangat dengar radio. Radio pulak, bukan IKIM.FM yer…pastinya ERA, HOT FM, MUZIK FM dan sebagainya. Rancangan TV pun sama, kalau korang perhatikan, orang perempuan memang suka tengok rancangan hiburan. Jarang sangatlah perempuan yang minat baca buku lebih dari minat tengok TV. Wahai orang perempuan, janganlah kau sia-siakan masa kamu. Kurangkan sikit hiburan tu, dan cuba cubalah bawak-bawak baca Quran dan buku agama yer. hehehe

    12.  Perempuan yang baik memang suka kepada lelaki yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. 
    Ni pun gua tak perlu nak ulas panjang. Tapi buktinya, tengok imam muda. Ramai perempuan suka ker, atau ramai perempuan tak suka? Admin yakin, yang suka lebih ramai kot? So, betul lah perempuan suka kepada lelaki yang dapat bimbing dia. Kan kan kan??

    Huhu...:)

    P/s: Jadilah isteri yang solehah dan taat pada suami...Si suami pula, jadilah pembimbing kepada isteri ke arah kebaikan....=)

    Sunday, 6 May 2012

    Hilangkan Stress Hujung Minggu..

    Posted by gua jambu at 18:06 0 comments

    Macam mana korang hadapi stress di hujung minggu? ini adalah persoalan yang selalu ditanyakan kepada setiap diri manusia, sama ada pelajar, pekerja, guru, pensyarah, pegawai PTD, buruh kasar mahupun cleaner sendiri...huk3...

    Gua tak tahu lah camne korang hilangkan stress korang selepas selesai wat kerja korang kat pejabat, rumah atau sekolah tuh..Tapi, bagi gua yang still seorang student nie, ada cara-cara untuk gua hilangkan stress gua sendiri..Jom same-same kita baca...Cara nak hilangkan stress...Mana laa tau kan, cara gua nie sama je dengan cara korang selesaikan stress korang tuh kan?? lets roollllll ~ ~..

    1- Main game puas-puas..(Boys especially)

    Gua pun tak faham, kenapa la beboyss ni suke sangat main game, tambah-tambah lagi hujung minggu...kalau yang jenis addicted sangat tuh, hari-hari main game, sama ada game laptop or game handset..sampai dalam jamban pun main game...Arghhhhh!!tensyen punye pasal!! Nasib baik gua pandai main game Plant Vs Zombie jerr...Hilang stress gua...Huh!!

    Perempuan pun layan game beb, awek cun pulak tu,haha..

    2- Gi shopping sampai kaki krem...(Gegurlsss)

    Yang ni sumer korang sedia maklum..kalau bab shopping nih, bagi jer kat bebudak gegurlss nie..barang yang ada, still lagi dorang shopping...gua pun tak faham...kui3...Tapi, biase ar tuh, kalau dorang tak shopping, takkan laa nak bagi ayam dengan kucing plak yang gi shopping..(lalalalaaa)...haha...Lagi pun, gegurls pun nak hilangkan tensyen macam budak boboyss gak..kan, gegurlss kannn??sape setuju, angkat tangan!!!

    Aktiviti perempuan time kelapangan...=P

    3- Tido kuat nak mamposs, sampai tak ingat dunia..(same je laki pompuan)

    ZzZzZz...Gua suka tido..itulah cara gua lepaskan stress selepas gua update blog..haha..Tapi, kena ingat, terlalu banyak tido adalah aktiviti yang tidak sihat untuk tubuh badan kita..Ingat tu, ya?..Petanda orang yang hampir kepada kematian juga adalah apabila tido terlalu banyak..remember that ok?So, amalkan gaya hidup yang sihat tanpa dadah..yipppiiee!!

    Sambil tido, sambil dengar siren hon suami...hik3..

    4- Makan, makan, makan, dan terus makan...(bisexs, dua-dua)

    Nih lagi satu solutions kepada yang suka menghilangkan stress..Biasa laa, berbeza orang, berbeza jugak laa cara dorang lepaskan stress...Gua rasa, orang yang suka menghilangkan stress dengan cara makan non-stop ini adalah daripada kalangan anak-anak chef dan anak-anak tauke kedai makan..Maybe sebab stress kena marah dengan parents dorang sebab tak pandai masak, sebab tu lah dorang balas dendam curi-curi melantak bebanyak..Makan free tu beb,sape tak nak!!hui3..

    Hmmm??sharing is caring???:D

    5- Layan movie dengan member-member..(laki, pompuan, gay, lesbian dan segalanya)

    Kekadang, ada jugak yang addict kepada movie..asal keluar movie baru je, download..keluar movie je, donwload..Hadoihhh..Born tu download agaknya bebudak nih..baik korang download nota penyarah korang lagi baguih, macam gua download nota exam...wakakaka...
    (err, sesape ade movie baru download tuh, share-share laa dengan gua same ek, boring nih)...=P

    Movie 3D baru masyukkkk...yeahh!!

    6- Pegi main futsal, bola sepak, and what everrrr...(budak-budak kaki bangku pun join)

    Kalau aktiviti-aktiviti macam nie, gua sokong..Yelaa, selain menghilangkan stress, korang leh jugak beriadah..sambil eratkan hubungan silaturrahim korang dengan member-member masa main futsal or bola sepak tuh..setakat nie, tak penah laa pulak gua nampak orang eratkan silaturrahim kalau main bola sorang-sorang...Konklusinya, kena main banyak orang, paling kurang pun dua orang laa bai..kekekekeketiakkk...:D

    Jage tempat sensitif tu bangg...~ ~

    7- Buat assignment dengan tesis yang berlambak-lambak, sampai jari tangan kebassss...(mat-mat dan minah-minah yang ulat buku, skema)

    Bagi yang ulat buku pulak, yang jenis muka sepesen je skema tuh, ini adalah cara untuk engkorang lepaskan stress korang..Selepas korang settle menyemakkan kepala otak korang dengan slide dan jugak nota-nota kuliah korang..Korang boelh rehatkan minda korang, dengan cara menyambung pulak buat tesis dan assignment...Haaa, korang jangan gelak pulak...Ada beb, ingat takde ke orang camnih...

    Positif + Positif = Power Positif....

    Sebab tu slide kuliah + assignment = Super lecturer..Ni rumus gua jerk, jangan tiru pulak...Ngeh3..=P

    Akibat banyak guna otak, dah jadi macam Isaac Newton..hak3..

    8- Buat solat-solat sunat, baca al-Quran, berzikir, berdoa kepada Ilahi...

    Sebagai umat Islam yang beriman, dan bertaqwa kepada-Nya, cara yang paling terbaik untuk melegakan tekanan perasaan adalah dengan cara kita mendekatkan diri kepada Allah...Saban hari, kita diuji, diuji dan terus diuji bagi melihat sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah..Jangan pula ketika kesempitan sahaja kita kembali kepada Allah, sebaliknya dalam keadaan gembira atau keadaan apa sekalipun, semuanya bergantung kepada Allah..Kita boleh berzikir, selawat, solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan lain-lain lagi..Renung-renungkan, dan selamat beramal...=) 

    Smile....=)

    P/s: Lumrah dalam kehidupan, ada ujian dan cubaan daripada Allah..Seandainya kita bijak di dalam menguruskan rutin harian kita dan senantiasa memohon kepada Allah, maka InsyaAllah semuanya ok...=)

    Friday, 4 May 2012

    Info Menarik Lelaki Memasak...Jom Baca...=)

    Posted by gua jambu at 18:50 4 comments

    • 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

    • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

    • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

    • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak… (bagi yang merokok)

    • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap..

    • Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak, cepat sikit minyak panas..

    • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

    • Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

    Antara sebab sebab lelaki memasak:

    • Malas nak pegi kedai

    • Hampir hampir pokai

    • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired

    • Mental theraphy

    • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan

    • Buang tebiat…

    P/s: Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..
    betul x?? hahahhahaha =D

    Saturday, 21 April 2012

    Perbezaan Lelaki dan Perempuan..

    Posted by gua jambu at 09:15 1 comments

    Gua Jambu kali ni nak share info iaitu mengenai perbezaan lelaki dan perempuan..Khas untuk dijadikan motivasi dalam diri kita..huhu..Jom baca...=)

    1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

    2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

    3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

    4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

    5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

    6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

    7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

    8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

    9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

    10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

    11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

    Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

    Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

    Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
    Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

    Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
    Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

    Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

    Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

    P/s: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan...^_^

    Friday, 20 April 2012

    Seksaan Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Solat..

    Posted by gua jambu at 15:02 0 comments

    Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

    Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.

    Enam seksa semasa hidup di dunia:

    1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

    2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

    3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

    4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

    5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

    6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

    Tiga seksa tatkala hendak mati:

    1. Dia mati dalam kehinaan.

    2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

    3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

    Tiga seksa ketika di alam kubur:

    1. Disempitkan kuburnya.

    2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

    3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

    Tiga seksa di hari kiamat:

    1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

    2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

    3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?

    " Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

    P/s: Renungkan, untuk tatapan bersama...=)

    Monday, 16 April 2012

    Lawak Sekejap..

    Posted by gua jambu at 10:48 0 comments

    Lawak 1:
    Cantik Rambut

    Irma:  Wah, cantik rambut. saloon ke?
    Yana: A'ah, cantik kan? 
    Irma: Cantik sangat. berapa kau buat?
    Yana: Hehe..RM 120 jerrr..
    Irma: Baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik...
    Yana: (terus merah muka, diam)

    Lawak 2:
    Tapak Projek

    ( Indon call site supervisor sebab besi tak smpai lagi)

    Indon          : bila besi mau sampai !!!!

    Site Supervisor : saya dah order, tp tak smpai lagi, saya dah cakap kat projek manager, dengan  kilang besi, tapi tak smpai lagi..aper sy bleh buat??

    Indon          : Janji besi smpai semalam, semalam kata esok, nanti esok kata esok pulak.... bla, bla, blaaa...

    Site Supervisor : lu marah saya aper saya boleh buat, saya dah order, lu kol ini no, dia yg handle besi sampai lmbt or cpt lu maki sama dia, cakap mangkuk, tolol,  *&%$#@#%*, kasi cepat besi sampai la, bodoh &*@#$%, lu kasi maki semua kat dia, nanti besi cepat sampai lol, kol no nie tau... 019xxxxx, kasi marah ini orang.

    Indon          : Wokkey!!

    Call end....

    Site Supervisor : Hahahahaha...mampus la ko, tadi aku kasi no BOS (Ganeral Manager), nak sangat besi cepat besi cepat smpai mkn besi la kejap lg ~ ~ ~..

    P/s: Tak baik ooo kena kan orang..huk3..:D

    Sunday, 15 April 2012

    Info Menarik Lelaki dan Wanita..

    Posted by gua jambu at 09:02 0 comments

    Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita  :

    Subscribe